Jumaat, September 05, 2014

Bengkel Rancangan Perniagaan Pembuatan Baja Organik Anujran Maktab Koperasi Malaysia



Sebagaimana telah dijanjikan dengan Maktab Koperasi Malaysia (MKM) sejak Mei lalu, satu lagi sessi program Kursus Pembuatan Baja Organik telah dijalankan di Akademi Usahawan MJ Fatonah.  Program ini berlangsung dari 18hb -22hb Ogos 2014.  Seramai 20 koperator telah menyertai program ini diketuai oleh pegawai MKM, Puan Khairun Niza.  Program ini bermula di MKM pada 18hb Ogos 2014, dengan sessi pengenalan dan Rancangan Perniagaan Pembuatan Baja Organik.


Gambar kenangan di Akademi MJ Fatonah
Rombongan peserta sampai ke Akademi Latihan MJ Fatonah, Kuala Selangor pada 19hb Ogos 2014 jam 11.00am.  Program di akademi dimulakan dengan taklimat oleh saya selaku Pengerusi Koperasi Pelatih MJ Fatonah Selangor Berhad.  Sangat teruja dengan semangat yang ditunjukkan oleh para peserta yang ingin mendalami ilmu pembuatan baja organik ini.
Hari kedua program dipenuhkan dengan latihan amali.  Seperti biasa, program dimulakan dengan senaman ringan.  Saya juga yang memimpin sessi ini.  Maaf kepada tuan-tuan yang dah lama tidak bersenam… sakit pinggang dan lutut, walaupun namanya senaman ringan.  Program diteruskan dengan sessi fotografi kenangan.
Sessi Senaman Ringan sebagai 'warm up' sebelum menjalankan program amali di kandang
Sessi seterusnya dikendalikan oleh En MJ selaku konsultan teknikal.  Pengumpulan tinja ternakan sebagai bahan asas baja organik.  Tinja-tinja dikumpulkan dan diangkut ke rumah baja.  Di dalam praktik di MJ Fatonah, pengumpulan ini dibuat secara berkala selang sehari untuk kandang kambing dan setiap hari untuk kandang lembu.  Semua peserta telah memberi kerjasama yang amat baik dengan kakitangan dan urusetia.
Amali pengumpulan tinja lembu
Modul-modul keusahawanan juga dibentangkan di dalam program ini seperti topik Pemasaran Berkesan, Akaun dalam pembuatan Baja Organik dan Rekod-rekod Ladang.  Program amali lain seperti pembungkusan dan Pelabelan Baja juga dijalankan.
Amali pembungkusan dan pelabelan baja
Topik yang sangat mendapat sambutan dari peserta ialah Pembuatan Probiotik EM dan Penggunaannya.  Peserta berpeluang membuat sendiri EM dari buah-buahan.
Amali pembuatan EM induk
Acara kemuncak program ini adalah Tazkirah & Jamuan Makan Malam BBQ bersama Al Fadhil Ustaz Roslan bin Mohamed (penceramah Al-Halaqah & Al-Kuliyyah).  Peserta berpeluang beramah mesra dengan beliau.
Ustaz Roslan bergambar kenangan bersama En MJ & para peserta
Terima kasih kepada semua peserta yang telah memberi kerjasama yang amat baik dalam menjayakan program kursus ini.  Terima kasih kepada Puan Khairun Niza dan Puan Norhayati yang telah bekerja keras menjayakan program ini dan jutaan terima kasih kepada MKM atas amanah yang diberikan kepada Koperasi Pelatih MJ Fatonah.

Jumaat, Ogos 01, 2014

Rumah Terbuka Anda Dengan BBQ Kambing Istimewa MJ Fatonah

Atas permintaan yang semakin meningkat dari para pelanggan, MJ Fatonah Sdn Bhd menawarkan Pakej BBQ Kambing Istimewa dengan pes perap (marinate paste) asli resepi tersendiri.  Amat sesuai untuk Majlis Rumah Terbuka atau Kenduri Aqiqah


Harga Pakej hanya:
1.  RM1100/ekor untuk majlis keraian
2.  RM1300.00/ekor untuk majlis aqiqah
 
Pakej ini termasuk:

1.  Kambing (3F: Fresh From Farm) 
2.  Sos Perang (Brown Sauce) 
3.  Sos Lada Hitam (Black Pepper Sauce) 
4.  Perkakasan Memanggang yang lengkap
5.  Dikendalikan oleh 2 orang pekerja MJFSB yang mahir  

Pilihan Hidangan sampingan juga disediakan dengan caj yang terendah di pasaran:
1.  Coleslaw:               RM100.00 untuk 100orang tetamu
2.  Kentang Putar:            RM100.00 untuk 100orang tetamu
3.  Mushroom Soup:         RM150.00 untuk 100orang tetamu
4.  Coleslaw + Kentang Putar + Mushroom Soup: RM250.00 untuk 100orang tetamu 

Pakej termasuk pinggan, mangkuk, sudu, garfu pakaibuang.  Caj pengangkutan dikenakan untuk jarak melebihi 50km dari Kuala Selangor.




Cara Tempahan:
1.  Memilih kambing
2.  Membuat bayaran booking atau membayar penuh
3.  Memberi detail majlis (tarikh, masa, tempat dan no tel orang yang dihubungi)
4.  Memberikan nama anak / orang yang diaqiqahkan (jika tempahan aqiqah)
 
Hubungi  Fatonah @ 012-3343800 untuk pertanyaan lanjut / tempahan

AYAM BELANDA SIAP PROSES, HALAL & SELAMAT




Rasai kenikmatan daging ayam belanda / ayam piru / turkey tanpa rasa was-was akan keHALALannya.  Ayam Belanda siap proses di MJ Fatonah Sdn Bhd dijamin HALAL & SELAMAT (HALALAN TOYIBA).  Kami sentiasa memastikan ayam-ayam belanda di ladang kami halal dari segi penternakannya, pemakanan, perubatan, penyembelihan dan pemprosessannya.

PERINGATAN:  
Ayam Belanda Sejukbeku Import kebanyakannya TIDAK HALAL



Harga Tawaran:
1.      Ayam Belanda Hidup Jantan RM30/kg
2.      Ayam Belanda Hidup Betina RM150/ekor
3.      Ayam Belanda Siap Proses RM40/kg (4-6kg/ekor)
4.      BBQ Ayam Belanda (pakej dgn servis memanggang & 3 jenis sos
a.       RM1100 untuk 5ekor
b.      RM200 tambahan setiap ekor
5.      Rendang / Masak Kari Ayam Belanda
a.       RM550 untuk 2ekor
b.      RM200 tambahan setiap ekor
6.      Anak Ayam Belanda (umur 1minggu) RM15/ekor

Kepada yang berminat untuk mempelajari teknik penternakan ayam belanda, kami juga menyediakan:
1.      Pakej Kursus Ternakan 3h2m
2.      Pembinaan Reban / Stor Makanan
3.      Pembekalan Makanan
4.      Pembekalan Perubatan & Pro biotik
Hubungi  Fatonah @ 012-3343800 untuk pertanyaan lanjut / tempahan

Lembu & Kambing Korban 1435H Sedia Untuk Tempahan


Allah subhanahu wa ta’ala telah mensyariatkan qurban. Di dalam firmanNya:


(163) قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (162) لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ 

“Katakanlah: Sesungguhnya shalatku, sembelihanku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)” (QS Al-An’am: 162-163)


Kami di MJ Fatonah mengambil kesempatan ini memudahkan anda semua untuk berkorban dengan membekalkan lembu-lembu dan kambing-kambing yang berkualiti.  Stok lembu korban untuk 1435H.  Lembu yang DIJAMIN cukup umur, sihat tubuh badan dan menepati keperluan jemaah korban.  Baki yang sangat terhad.  Cepat sebelum terlambat.  Harga dari RM2,800 - RM4,000.


   
 

Stok kambing dan biri-biri untuk korban juga DIJAMIN cukup umur, sihat tubuh badan dan menepati keperluan korban.  Berbagai jenis baka disediakan.  Harga dari RM700 - RM1,000.

Anda dijemput ke ladang MJ Fatonah di Kuala Selangor untuk memilih sendiri lembu korban anda.  Hubungi Fatonah 012-3343800 untuk temujanji dan tempahan.