Kosmo
Ahad, November 23, 2014
Sabtu, November 22, 2014
Anugerah Khas Perdana MAHA 2014
Alhamdulilah...Syukur pada Allah
MjFatonah buat pertama kalinya dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Khas Perdana Menteri 2014 yg disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Sri Najib Tun Hj Abd Razak di MAHA 2014, Maeps, Serdang.
Jumaat, November 21, 2014
Penternak Jaya Kebangsaan 2014
Alhamdulilah syukur pada allah atas kurnian rezeki tahun ini berpihak kepada MJFatonah selepas 9 tahun menjadi usahawan ternak sejak 2005.
Bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato Ismail Sabri
Berkongsi kebanggaan dgn annas
Ahad, November 16, 2014
KP1411 Kursus Ruminan & Unggas
Kursus persendirian kali ke11 tahun 2014 yg dijalankan pada 15-17hv Nov , dihadiri oleh 15 peserta dari seluruh Malaysia
Lawatan dari Usahawan P.Pinang bersama Angkasa Selangor
40 orang deligasi dari Pejabat Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang hadir ke ladang MJFatonah hari ini 15hb Nov 2014. Tujuan lawatan utk melihat kemajuan dan kejayaan projek usahawan dibawah koperasi selangor.
Kami berkongsi pengalaman yg ada utk diguna pakai oleh usahawan yg datang sebagai penyuntik idea2 baru yg boleh digina pakai di tapak projek mereka.
Jumaat, November 14, 2014
MJF Bio di pasaran
MJF Bio dihasilkan dari fomulasi extrac enzim buah-buahan yang mempunyai vitamin C yang tinggi. Ianya menghasilkan gabungan mikrob baik yg boleh digunakan untuk ternakan, tanaman, nyahbau dan apa juga aktiviti pertanian dan penternakan.
Harga pasaran RM25/liter ...boleh hubungi 012-3343800 untuk tempahan atau datang ke ladang untuk miliki terus.
Set MJF Bio bersama molases asli untuk mengaktifkannya dengan nisbah 1 liter MJF Bio dicampur dgn 1 liter molases dan 18 liter air tanpa klorin. Masukkan kedalam bekas kedap udara dan sedia digunakan selepas 5 hari. Pastikan setiap hari longgarkan penutup bekas kedap udara ini untuk mengelluarkan gas yg terhasil sewaktu mengaktifkan MJF Bio
Kebaikan MJF Bio
1. Mengurangkan bau tinja/tahi ternakan
2. Mengurangkan lalat dan mesra alam
3. Bertndak sebgai anti stress kepada ternakan
4. Penyerapan nutrien makanan yang lebih baik. Oleh itu ternakan cepat besar dan sihat.
5. Penggunaan ubat yang minimum...dapat kurangkan kos ubatan sehingga 80%.
6. Baja yang terhasil dari tinja ternakan menggunakan MJF Bio lebih berkualiti.
7. Boleh digunakan utk menggurangkan hama dalam ladang
8. Meningkatkan keuntungan pengusaha
Pencalonan Anugerah Khas Perdana Menteri 2014
Alhamdulilah Siti Fatonah Arbain di senarai pendekkan antara 7 calon yang di akan di anugerahkn sebagai penerima Anugerah Khas Perdana Menteri MAHA 2014.
Jam 7pm 13hb Nov 2014, 7 panel hakim dan 5 urusetia hadir ke ladang utk menilai kelayakkan mengondol anugerah ini. Moga kami di berikn pengiktirafan yng bermakna oleh Allah..Amin
Selasa, November 11, 2014
Pelancaran Jurnal Agrotani Edisi Pertama (Nov - Dis 2014)
FATONAH TIDAK KEKOK SEMBELIH LEMBU, KAMBING
Ini lah tajuk besar muka depan Jurnal Agrotani yang julung-julung kali diterbitkan oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (MoA) bersama Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK). Syukur kepada Allah, MJ Fatonah telah dipilih untuk menghiasi muka depan edisi pertama jurnal ini.
Dengan tema 'MENJEJAK RAHSIA USAHAWANJAYA', jurnal ini mengupas kisah-kisah kejayaan usahawan penternakan ikan keli, usahawan mangga harumanis, udang, madu lebah, cendawan, sayuran, betik, penternak ayam kampung dan puyuh. Jurnal ini juga menyingkap sejarah MAHA dan memberi informasi juga tentang racun paraquat.
Jurnal ini boleh dimiliki dengan harga RM10 senaskah dan diskaun diberikan untuk belian pukal. Dapatkan jurnal pertanian yang berinformasi ini.
Dengan tema 'MENJEJAK RAHSIA USAHAWANJAYA', jurnal ini mengupas kisah-kisah kejayaan usahawan penternakan ikan keli, usahawan mangga harumanis, udang, madu lebah, cendawan, sayuran, betik, penternak ayam kampung dan puyuh. Jurnal ini juga menyingkap sejarah MAHA dan memberi informasi juga tentang racun paraquat.
Jurnal ini boleh dimiliki dengan harga RM10 senaskah dan diskaun diberikan untuk belian pukal. Dapatkan jurnal pertanian yang berinformasi ini.
![]() |
| Muka depan Jurnal Agrotani Edisi Pertama (Nov-Dis 2014) |
![]() |
| Aktiviti Amali Peserta Kursus |
Terima kasih kepada Ketua Pengarang, Dato' Dr Hj Mat Yasir bin Hj Ikhsan atas kepercayaan beliau memilih MJ Fatonah untuk jurnal ini. Terima kasih juga kepada Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani, Malaysia.
Jumpa nanti di MAHA 2014, MAEPS, Serdang!!!
DI SINI LAHIRNYA JUTAWAN TERNAK
Rabu, November 05, 2014
RKRS8 (2-7hb Nov 2014)
30 orang peserta yang dipilih daripada kelayakan yg ditetapkan oleh penaja iaitu anak Selangor @ Bermastautin di Selangor, tidak bermajikan dan sudah ada tapak projek penternakan diterima masuk kursus penternakan selama 6 hari di Akedemi MJFatonah buat kali yg ke 8.
Ahad, November 02, 2014
Bengkel Usahawan Lembu & Kambing Anjuran ANGKASA Johor
Syukur pada Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan berkatNya, Bengkel Usahawan Lembu dan Kambing anjuran ANGKASA Johor di Mayres Hotel Kota Tinggi, Johor telah berjalan dengan lancar.
Terima kasih kepada ANGKASA Negeri Johor kerana mengamanahkan kami bengkel ini dan terima kasih juga kepada Desa Selatan Beef (DSB) serta Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) atas kerjasama menerima kunjungan koperator-koperator negeri Johor di ladang mereka di Sg Lebak, 25km dari Mayres Hotel.
Liputan Mingguan Malaysia 02hb Nov 2014
DI SINI LAHIRNYA JUTAWAN TERNAK
Inilah frasa yang menjadi motto Akademi Usahawan MJ Fatonah. Bertepatan dengan impian kami dan tujuan akademi ini ditubuhkan. Akademi ini di bawah naungan syarikat MJ Fatonah Sdn Bhd akan terus berusaha melahirkan usahawan-usahawan berjaya sekaligus jutawan-jutawan ternak di Malaysia ini.
Terima kasih kepada Utusan Malaysia kerana memberi sokongan kepada usaha kami ini. Hari ini, kami diberi peluang menghiasi dada akhbar tersebut dengan tajuk MJF Lahirkan Jutawan Ternak.
![]() |
| Intro di muka luar |
![]() |
| Isi kandungan keratan akhbar hari ini, 02hb November 2014 |
![]() |
| Sijil Tauliah sebagai Pengendali Kursus yang dianugerahkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia |
![]() |
| Sijil Anugerah Penternak Jaya Negeri Selangor 2014 |
![]() |
| Bilik Penginapan selesa dengan hawa dingin & hot shower |
![]() |
| Bilik Penginapan jenis dormitori 8 orang sebilik |
![]() |
| Surau untuk solat berjemaah |
![]() |
| Bilik kuliah berhawa dingin yang lengkap dengan alat pandang dengar |
![]() |
| Makanan dihidang secara buffet |
![]() |
| Dewan Makan |
![]() |
| Beg kursus, pen dan kertas |
![]() |
| Direktori peserta dan gambar kenangan |
![]() |
| Ruang rehat |
![]() |
| Indoor games - snooker |
![]() |
| Setiap peserta diberikan baju dan topi |
Langgan:
Catatan (Atom)
















































