Sabtu, September 06, 2014

AYAM SELASIH SEDIA UNTUK DIBEKALKAN

JOM TERNAK AYAM SELASIH!!

Anak Ayam Selasih Bulu Putih
Di Malaysia, ayam hitam dikenali sebagai ayam selasih dan di Indonesia ia dikenali sebagai ayam cemani.  Seluruh badan ayam ini berwarna hitam, sehingga daging dan tulangnya juga berwarna hitam.  Walaubagaimanapun, terdapat ayam selasih berbulu hitam dan berbulu putih.  
Bekalan boleh didapati sekarang.. Ayam hidup atau siap proses
Selain dari keunikan warnanya, daging ayam selasih ini mempunyai kehebatan tersendiri.  Daging ayam selasih mengandungi antioksida yang dinamakan carnosine, dua kali ebih dari carnosine yang ada di dalam daging ayam kampung biasa. Carnosine berkonsentrasi tinggi terdapat pada otot dan otak manusia.  Kesan positif terhadap antioksida ini terhadap manusia ialah kemahiran bertutur cerah penglihatan.
Bagi masyarakat Cina, konsumsi ayam hitam ini telah bermula sejak abad ke 13 lagi.  Kesan yang amat ketara adalah terhadap wanita yang telah berkahwin dan melahirkan anak.  Ia digunakan untuk mengubati masalah wanita seperti:
-          -  kitaran haid tidak tetap
-          -  senggugut
-          -  monopouse
-          -  makanan dalam pantang selepas bersalin.

Selain dari itu, kehebatan khasiat daging ayam selasih adalah:
·         -  Melancarkan peredaran darah seterusnya menghilangkan kelesuan
·         -  Melegakan sakit pinggang, sendi & lutut
·         -  Melegakan migrain & angin dalam badan
·         -  Menguatkan hati & buah pinggang
·         -  Melegakan asma
·         -  Baik untuk pesakit diabetes ( kencing manis )
·         -  Menyelesaikan masalah buasir kecil

Ayam selasih biasanya dibuat sup atau kukus.  Disertakan di sini penyediaan Sup Ayam Selasih yang memang ternyata lazat dan berkhasiat.
Sup Ayam Selasih.. Lazat & Berkhasiat
 Sup Ayam Selasih


Bahan-bahan:
·         ½ ekor ayam selasih
·         2 labu bawang besar
·         2 inci halia
·         4 batang saderi
·         2 batang lobak merah
·         ½ biji lemon
·         1 sudu lada sulah
·         2 sudu Chinese berry
·         Cendawan


Cara penyediaan:
  • Sediakan Stok ayam dengan cara rebus air dengan ayam selasih.
  • Kemudian masukkan saderi, lobak merah, halia, chinese berry, dan bawang besar yang dipotong besar.
  • Keluarkan ayam dan racik-racikkan isinya.
  • Tumis bawang besar, halia, dan lada sulah.
  • Bila sudah masak, masukkan stok ayam tadi.
  • Masukkan saderi, cendawan, dan lobak merah yang dipotong halus.
  • Kemudian masukkan ayam yang telah diracik. 
  • Taburkan garam secukup rasa

Untuk Menempah Ayam Selasih, 
*  Anak (RM3.00/ekor, Umur: 1minggu) minima: 100ekor
*  Dewasa (Harga : RM50.00/ekor, Umur: +/- 5 bulan (1.2 - 1.5kg))
Pengangkutan:  Disediakan untuk belian borong dengan caj yang berpatutan

Untuk tempahan, hubungi: Fatonah 012-3343800

Jumaat, September 05, 2014

Program Kursus Usahawan Ternakan Lembu & Kambing bersama ANGKASA Negeri Sarawak



Program Kursus Usahawan Ternakan Lembu & Kambing bersama ANGKASA Negeri Sarawak bermula dari 29hb – 31hb Ogos 2014.  Program berlangsung 3h2m di Hotel Grand Continental, Kuching.  Kami sampai sehari lebih awal bagi memastikan perjalanan program kursus berjalan lancar.  Kami disambut oleh En Mohamed, sahabat lama kami yang merupakan usahawan ternak berjaya dan kami menggelarnya Otai EM Sarawak. 
Barisan peserta bersama Tuan Haji Usuf bin Samah, En Mohamed dan Konsultan Koperasi MJ Ftonah
Selepas check in hotel, kami terus ke ladang En Mohamed yang terletak di daerah Matang.  Alhamdulillah, beliau telah menyatakan kesudian membenarkan program amali dan lawatan ladang peserta kursus kali ini di ladangnya.  Penternakan yang dijalankan oleh beliau secara sistematik dan penggunaan penuh EM untuk menyelesaikan masalah bau dan lalat yang akan mengganggu persekitaran alam sekitar.  Kami juga dibawa ke sebidang tanah yang baru dibelinya untuk pembiakan kuda.  Seronoknya melihat 6ekor kuda bermain bebas meragut rumput di kawasan tersebut.


En Mohamed begitu seronok berkongsi ilmu dengan peserta.  Kanan: Saya bersama isteri En Mohamed
Pendaftaran bermula pada 29hb Ogos 2014, jam 3pm.  Program bermula 5.30pm dengan ucapan perasmian pembukan oleh Pengerusi JPAN Negeri Sarawak Tuan Haji Usuf bin Samah.  Diikuti taklimat kursus oleh saya.  Program bersambung sebelah malam untuk taklimat teknikal penternakan ruminan.
Barisan peserta tekun mendengar taklimat mula dan perasmian program oleh Tn Hj Usuf
Tuan Haji Usuf Samah sedang merasmikan program
En MJ, sedang memberi taklimat teknikal penternakan
Hari kedua, dimulakan dengan sambungan taklimat penternakan ruminan dengan tajuk Pemakanan, Penyakit dan Rawatan.  Selepas makan tengahari, peserta berkumpul di lobi hotel untuk menaiki bas menuju ke ladang En Mohamed.



Rombongan kami sampai ke ladang jam 2.30pm.  Tuan Haji Usuf telah lebih dahulu sampai.  Tanpa berlengah, En Mohamed terus memulakan sessi penerangan teknik penternakan beliau.  Para peserta sangat teruja dengan teknik yang sangat  sistematik.  Peserta juga diberi peluang menyediakan bokashi kambing dan memberi kambing makan.  Sessi minum petang dan bergambar mengakhiri program lawatan kami.
Hari penutup, kami isikan dengan modul keusahawanan.  Topik Pemasaran Berkesan dan Perakaunan alam penternakan.  Kami ambil peluang juga mejalankan amali pembuatan EM dengan menggunakan buah-buahan. 
Sijil disampaikan oleh En Ridzuan sebagai wakil ANGKASA Sarawak.  Ribuan terima kasih kepada Pengerusi JPAN Sarawak, Tuan Haji Usuf, urusetia-urursetia terlibat, En Ridzuan, En Azbullah, En Hadi dan semua peserta.  Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak ANGKASA Pusat dan ANGKASA Negeri Sarawak kerana memberikan amanah kepada kami mengendalikan program ini.  Semoga kami akan diberi peluang lagi untuk bersama koperator-koperator negeri Sarawak.

Bersama En Mohamed, dan pemilik WB Farm, En Mala


Seypee hero WB Farm
Sebelum berlepas pulang ke Semenanjung, kami sempat melawat ladang ternakan lembu Bali milik sahabat FB kami WB Farm.  Juga terima kasih En Mala menerima kunjungan singkat kami di ladang tuan.  Lembu-lembu bali beliau sangat gemuk, sihat dan manja sekali.

Bengkel Rancangan Perniagaan Pembuatan Baja Organik Anujran Maktab Koperasi Malaysia



Sebagaimana telah dijanjikan dengan Maktab Koperasi Malaysia (MKM) sejak Mei lalu, satu lagi sessi program Kursus Pembuatan Baja Organik telah dijalankan di Akademi Usahawan MJ Fatonah.  Program ini berlangsung dari 18hb -22hb Ogos 2014.  Seramai 20 koperator telah menyertai program ini diketuai oleh pegawai MKM, Puan Khairun Niza.  Program ini bermula di MKM pada 18hb Ogos 2014, dengan sessi pengenalan dan Rancangan Perniagaan Pembuatan Baja Organik.


Gambar kenangan di Akademi MJ Fatonah
Rombongan peserta sampai ke Akademi Latihan MJ Fatonah, Kuala Selangor pada 19hb Ogos 2014 jam 11.00am.  Program di akademi dimulakan dengan taklimat oleh saya selaku Pengerusi Koperasi Pelatih MJ Fatonah Selangor Berhad.  Sangat teruja dengan semangat yang ditunjukkan oleh para peserta yang ingin mendalami ilmu pembuatan baja organik ini.
Hari kedua program dipenuhkan dengan latihan amali.  Seperti biasa, program dimulakan dengan senaman ringan.  Saya juga yang memimpin sessi ini.  Maaf kepada tuan-tuan yang dah lama tidak bersenam… sakit pinggang dan lutut, walaupun namanya senaman ringan.  Program diteruskan dengan sessi fotografi kenangan.
Sessi Senaman Ringan sebagai 'warm up' sebelum menjalankan program amali di kandang
Sessi seterusnya dikendalikan oleh En MJ selaku konsultan teknikal.  Pengumpulan tinja ternakan sebagai bahan asas baja organik.  Tinja-tinja dikumpulkan dan diangkut ke rumah baja.  Di dalam praktik di MJ Fatonah, pengumpulan ini dibuat secara berkala selang sehari untuk kandang kambing dan setiap hari untuk kandang lembu.  Semua peserta telah memberi kerjasama yang amat baik dengan kakitangan dan urusetia.
Amali pengumpulan tinja lembu
Modul-modul keusahawanan juga dibentangkan di dalam program ini seperti topik Pemasaran Berkesan, Akaun dalam pembuatan Baja Organik dan Rekod-rekod Ladang.  Program amali lain seperti pembungkusan dan Pelabelan Baja juga dijalankan.
Amali pembungkusan dan pelabelan baja
Topik yang sangat mendapat sambutan dari peserta ialah Pembuatan Probiotik EM dan Penggunaannya.  Peserta berpeluang membuat sendiri EM dari buah-buahan.
Amali pembuatan EM induk
Acara kemuncak program ini adalah Tazkirah & Jamuan Makan Malam BBQ bersama Al Fadhil Ustaz Roslan bin Mohamed (penceramah Al-Halaqah & Al-Kuliyyah).  Peserta berpeluang beramah mesra dengan beliau.
Ustaz Roslan bergambar kenangan bersama En MJ & para peserta
Terima kasih kepada semua peserta yang telah memberi kerjasama yang amat baik dalam menjayakan program kursus ini.  Terima kasih kepada Puan Khairun Niza dan Puan Norhayati yang telah bekerja keras menjayakan program ini dan jutaan terima kasih kepada MKM atas amanah yang diberikan kepada Koperasi Pelatih MJ Fatonah.