Ahad, April 29, 2012

Projek Terkini: MJ Fatonah Rabbitry

Projek terkini MJ Fatonah Sdn Bhd ialah MJ Fatonah Rabbitry, penternakan arnab.  Projek ini telah bermula Disember 2011 dengan 2 pasang arnab.  Arnab terus membiak dan pertambahan induk dibuat sebanyak 17ekor lagi.  Perkembangan projek amat menggalakkan.  Sehingga kini, arnab di MJ Fatonah Rabbitry mncecah 120ekor.
Dimulakan dengan baka arnab-arnab kampung sebagai proses pembelajaran penternakan, projek diteruskan dengan baka-baka kacukan Fuzzy, Lop, Angora, Chincilla & New Zealand White.
MJ Fatonah Rabbitry merancang akan mula memasarkan arnab sebagai haiwan kesayangan (pet) dahulu.  Perancangan seterusnya untuk memasarkan daging arnab dan peralatan penternakan arnab.
 59buah sangkar yang mampu memuatkan 300ekor arnab dewasa.
 Antara arnab-arnab comel yang ada di MJ Fatonah Rabbitry
Ini antara induk yang sangat produktif dan pandai menjaga anaknya.

Tiada ulasan: