Isnin, April 29, 2013

Kursus Usahawan Pembuatan Baja Organik Anjuran Maktab Koperasi Malaysia (MKM)

Kursus yang dijalankan pada 09 - 11hb April 2013 ini dihadiri oleh koperator-koperator dari seluruh Malaysia.  Para peserta mula mendaftar di Kampus Maktab Koperasi Malaysia, Petaling Jaya dan meneruskan kursus teori dan amali di Akademi Usahawan MJ Fatonah.
Seramai 16orang peserta menyertai diiringi oleh 2orang pegawai dari MKM.  Matlamat kursus ini adalah untuk mendedahkan peserta bahawa baja adalah nilai tambah ternakan mereka dan sebagai cabang pendapatan di dalam projek ternakan.
Di akhir kursus, semua peserta memberi komen positif dan amat berpuashati dengan program yang dijalankan.  Jutaan terima kasih kepada Maktab Koperasi Malaysia (MKM) atas kepercayaan yang diberikan kepada MJ Fatonah Sdn Bhd dalam mengendalikan program ini.  Terima kasih juga kepada semua peserta yang telah memberi komitmen sepenuhnya sepanjang kursus berlangsung.

Tiada ulasan: