Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah, dengan izin & berkatNya, kursus ini dapat dijalankan dengan jayanya. Seramai 29 orang anggota PPK dari berbagai daerah di negeri Selangor menyertai kursus ini. Kursus berlangsung selama 4hari bermula dari 17hb - 20hb Jun 2013. Jutaan terima kasih kepada LPP Selangor kerana memberi kepercayaan kepada MJ Fatonah mengendalikan kursus lagi.
Kursus Sembelihan Halal & Produk Hiliran ini dijalankan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diwakili oleh Ustaz Hj Safuan bin Nayan selaku penceramah dan tenaga pengajar amali sembelihan. Terima kasih kepada Ustaz Mohamed dari JAIS Kuala Selangor yang bersusah payah menguruskan sijil sembelihan kepada para peserta.
Selain dari teknik dan hukum hakam sembelihan, kursus ini juga memberi pendedahan kepada peserta teknik-teknik penyediaan:
1. Barbeku
2. Masak Kari
3. Masak Kurma
4. Baja Organik
5. Silaj
Kursus ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Ustaz Roslan bin Mohamed. Beliau memberi tazkirah bertajuk 'Tuntutan Menternak Di dalam Islam. Di malam terakhir kursus, para peserta dan tetamu disajikan dengan BBQ Kambing & Sajian Sampingan.
Program kursus ini dirasmikan oleh Timbalan Pengarah LPP Negeri, En. Mohd Surol bin Mohd Lahuri. Ribuan terima kasih kerana sudi hadir untuk majlis penutup dan penyampaian sijil tamat kursus para peserta ini.
Sepanjang 4 hari peserta berkampung di Akademi Usahawan MJ Fatonah, jalinan silaturrahim yang terjalin amatlah rapat. Walaupun diawalnya semua peserta tidak mengenali satu sama lain, namun kemesraan yang wujud bagaikan mencipta sebuah ikatan kekeluargaan. Para peserta sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan Persatuan Usahawan Melayu Negeri Selangor diketuai oleh Tuan Haji Burhanuddin. Semoga hasrat murni ini akan menjadi titik tolak kejayaan usahawan-usahawan melayu di Negeri Selangor.
Jutaan terima kasih kepada semua peserta yang telah memberi kerjasama yang 'fantastic' kepada urusetia, terima kasih En Hazim & Puan Julia sebagai wakil LPP Selangor serta Puan Norlia dari IADA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan