Selasa, Februari 18, 2014

Bantuan KPS kepada peserta RKRS(Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor)

Syukur Alhamdulillah, seramai 75 orang penerima bantuan modal bernilai RM1500 setiap orang disumbangkan oleh Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) kepada yang layak di dalam program CSR nya.
Bantuan ini berbentuk ternakan dan makanan ternakan. Antara ternakan yang dipilih peserta ialah ayam kampung, itik telur, kambing aqiqah atau biak dan lembu pedaging.
MJ Fatonah Sdn Bhd telah diamanahkan untuk mengenalpasti peserta yang layak menerima bantuan ini selepas program kursus RKRS dijalankan.  Terima kasih KPS yang memberi kepercayaan kepada kami.
Kepada peserta yang menerima bantuan, selamat maju jaya dan ini adalah suntikan semangat juang anda di dalam industri ternakan. MJ Fatonah Sdn Bhd dan KPS mendoakan semoga Allah permudahkan urusan anda semua.
Terima kasih kepada wakil KPS En Fauzi dan En Ismail yang hadir menyampaikan bantuan modal ini, juga kepada En Sharul sebagai jurugambar dalam majlis pagi ini.
Gambar kenangan penerima bantuan bersama wakil penaja KPS)
Pak Teh yang menerima bantuan sepasang kambing serta 1 beg makanan. Beliau menternak d Jenjarom, Banting
5 adik beradik yang menerima bantuan lembu jantan,biri-biri dan ayam kampung. Mereka menjalankan aktiviti ternakan di tanah seluas 18 ekar di Kuala Selangor 
Penerima bantuan anak ayam(Bad,aswad dan Zamri) dan sepasang kambing (Nabil)
Puan Farah menerima sepasang kambing yang ternakan beliau terus dihantar ke kandangnya di Kuala Tahan 
 
En Wazir dari Sabak Bernam menerima bantuan anak ayam dan makanannya

En Zamri menerima bantuan anak ayam dan makanannya dari En Fauzi. Beliau menternak di Melaka

 Wakil dari KPS En Fauzi, En Ismail dan En Shahrul
En Nik Ammar menjalankan projek ternakan ayam kampung d Pasir Putih. Beliau menerima bantuan mechine proses ayam

Tiada ulasan: