Ahad, Februari 02, 2014

Kursus Usahawan Ternakan - Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor Sessi Ke-6



Syukur Alhamdulillah, Akademi Usahawan MJ Fatonah telah diberi amanah untuk kali ke 6 menganjurkan Kursus Usahawan Ternakan.  Jutaan terima kasih kepada Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) atas amanah ini.
Tahniah kepada 25orang lagi anak Selangor yang telah terpilih untuk menghadiri kursus ini.  Mereka telah dikenalpasti berpotensi untuk menjadi usahawan ternakan yang berjaya.  Untuk program kali ini, seramai 21 orang peserta lelaki dan hanya 4orang sahaja peserta wanita.

Belakang Dari Kiri :      Mutalib, Adib, Fikhri, Aizat, Hisham, Hanies, Shahril, Azwa, Nizam & Angah Hairudin   
Tengah Dari kiri     :      Ghani, Uzairi, Ismail, Amir Ali, Tajul, Nor Azman, Razif, Azhari & Ruslan  
Duduk Dari kiri     :       Johari, Hasina, Don Farahin, Fatonah (MJF), Jamil (MJF), Hanim (Penghulu), Jahariah & Hamiliah

Kumpulan ini diketuai oleh Encik Hanim Raduan selaku penghulu kumpulan.  Beliau seorang usahawan ternakan ikan dari Semenyih.  Peserta kursus ini terdiri dari usahawan-usahawan ternakan ayam kampung, lembu dan kambing juga seorang usahawan IKS produk hiliran, Ramina Foods yang mengeluarkan produk burger, sosej & naget.

Kemuncak program ini ialah Majlis Makan Malam BBQ bersama Al Fadhil Ustaz Roslan bin Mohamed.  Beliau telah mengimamkan solat maghrib dan isyak, memimpin bacaan Yaasin dan Tahlil seterusnya menyampaikan tazkirah bertajuk Rezeki Halal Di Sisi Allah.  Semoga semua mendapat pengajaran dari tazkirah yang disampaikan

Tiada ulasan: