Bali adalah salah satu destinasi Lembah EM yang di kenali sebagai Institut Pengembangan Sumber Daya Alam (IPSA) terletak di Buleleng Bali, kira-kira 3jam perjalanan daripada International Airport, Bandara Ngurah Rai.
|
Kami dijemput oleh Pak Yoyok |
Keluasan 10 hektar menyediakan program latihan berkenaan EM seperti di Saraburi, Thailand yang pernah kami kunjungi pada tahun 2009. Pakej yang kami pilih adalah 5 hari 4 malam (23-27hb Feb 2014) dengan kos berjumlah 5 juta rupiah seorang tidak termasuk tiket kapal terbang.
Susunan program bermula di airport, kami di jemput oleh rakan kursus 2009 di Saraburi iaitu Pak Yoyok. Kami dibawa makan tengahari di Gerai makanan nasi pecel. Kami mencuba makan sup buntut dan nasi pecel yang sangat sedap.
Selepas makan , kami dibawa mendaftar ke hotel. Selepas solat jamak zohor dan asar kami dibawa melawat Tanah Lot di Wilayah Tabanan. Di dalam perjalanan kami sempat singgah sebentar di pantai Kuta.
|
Bergambar di Tanah Lot |
|
Di Pantai Kuta. Penuh dengan pelancong |
Tanah Lot adalah kawasan besejarah 600 tahun dahulu sewaktu kerajaan majapahit membina kuil budha di tengah laut. Sekarang kawasan ini menjadi salah satu destinasi pelancungan di Bali. Kami makan malam ikan bakar di pantai Jimbaran. Kawasan ini adalah kawasan pelancong menjamu selera. Aktiviti tarian juga dipersembahkan sewaktu pengunjung menikmati hidangan. Jam 8.30pm kami beristirehat di Hotel Quest, Denpasar.
Hari kedua(24hb Feb 2014)
6am cahaya di luar bilik sudah seperti jam 8am di Kuala Selangor. Pagi ini program dimulakan dengan sarapan pagi. Alhamdulilah, syukur rezeki Allah.
|
Bersarapan pagi di tepi kolam renang |
|
Mai makan kawan-kawan |
Lawatan ke ladang betik dan kandang sapi bali. Kawasan 2 hektar yang menggunakan sepenuhnya EM. Betik ditanam menggunakan baka California dan Orange Lady yang pokoknya rendah sahaja. Di kawasan kandang lembu, kumbahannya di buat biogas..simple dan murah..Insyaallah kami akan melaksanakan projek biogas di ladang MjFatonah.
|
Sapi bali betina |
Sapi bali dan sapi betina yang diternak untuk mendapatkan hasil tinjanya sebagai biogas dan baja kompos
|
Sapi bali jantan |
Baka betik california yg berbuah selepas 6 bulan dan subur sehingga setahun. Pokoknya rendah sahaja..Tersangat subur.
|
Betik baka california |
|
Makan.malam nasi padang |
Sempat makan nasi padang di Bandar Kuta
|
Sempat shooping di Krisna |
Shopping di Krisna tidak dilupakan
|
Terapi dgnherba bokashi EM |
Berterapi dan picit menggunakan Bokashi herba EM
|
Bergambar bersama kluang bali |
Sempat bergambar bersama keluang bali bernama Rina dan iguana bernama John yg manja dan jinak
|
Bergambar bersama iguana |
Tempat dimana Seminar EM dijalankan. Aktiviti hari ketiga padat dengan topik penggunaan EM di lapangan orkid, perikanan dan penternakan. Disebelah petangnya di buat praktikal bagaimana EM5 dibuat dan pencampuran pemakanan ternakan menggunakan EM serta cara membuat mudball
|
Disini kami kursus dan bersaminar EM |
Hari ke 4, pagi-pagi selepas sarapan kami sebelum berangkat ke Denpasar diberi sijil penyertaan. Terima kasih IPSA kerana berkongsi pengalaman bersama kami
|
Graduated |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan