Khamis, Mac 27, 2014

Lawatan ILP

Seramai 40 orang dari Institut Pertanian (ILP) Bumbung Lima, Pulau Pinang berkunjung ke Ladang MJ Fatonah Sdn Bhd jam 12 tengahari 27hb Mac 2014 untuk mendapat pendedahan tentang dunia sebenar penternakan kambing.
Taklimat diberikan oleh anak kami yang memikul tugasan pengurus ladang En Khairul. Kami tidak dapat bersama mereka kerana menghantar pulang pekerja dan mengambil pekerja baru di LCCT.
Lawatan ini diiringi oleh pegawai dari IADA dan PPK Kuala Selangor (En Suhaimi). Terima kasih ILP kerana sudi melawat kami di sini.
Moga ilmu yg dikongsikan dapat menambah teori yang didapati dari pembelajaran didalam kuliah.
Bergambar kenangan

Menerima cenderahati dari wakil ILP, Bumbung Lima

Sessi penerangan oleh pengurus ladang


Tiada ulasan: