Seramai 4 orang hadir menyertai Kursus Persendirian Ruminan (Lembu & Kambing) yg dijalankn pada 12-14hb April 2014 (KP1405). Tiada penyertaan utk kursus unggas kali ini. Mereka hadir dengan matlamat ingin menjalankan perniagaan ternakan lembu dan kambing. Berkerja dengan makan gaji tidak dapat kepuasan dan pendapatan yang terhad.
En Saifullizan dari Teluk Intan, Perak, masih berkerja dengan JPJ Teluk Intan sebagai Penguatkuasa Kanan, bercadang untuk memulakan ternakan kambing dan lembu di Perak secepatnya, sebelum memilih untuk bersara awal.
En Zamri dari Kota Tinggi, Johor pula, telah menjalankan ternakan lembu biak dan sekarang merancang utk ternakan kambing pula. Beliau didedahkan kepelbagaian produk yg boleh dihasilkan dalam industri ini. Menurut beliau, banyak penambahbaikan yg perlu dibuat ditempat ternakannya di Kota Tinggi
En Yong pula adalah salesman property di Bandar Sunway ingin berniaga ternakan kerana minatnya yang mendalam pada lembu dan kambing. Beliau bercadang mencari tapak yg sesuai utk jalankn aktiviti ternakan ini.
En Fadly yg masih berkerja di Shah Alam bercadang ingin membangunkan perniagaan ternakannya di Rembau Negeri Sembilan. Tanah seluas 5 ekar akan dibelinya dgn harga RM180K.
Marilah kita sama-sama doakan agar impian dan cita-cita bakal jutawan ini menjadi kenyataan dan dapat berjaya membangunkan industri ternakan ini.
Dari kiri: En Saiful, En Yong, En MJ, Pn Fatonah, En Fadly & En Zamri |
Zulfadzli menerima sijil penyertaan |
Yong menerima sijil penyertaan |
Zamri menerima sijil penyertaan |
Saifullizan menerima sijil penyertaan |
Makan tengahari dengan nasi itik |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan