Selasa, April 22, 2014

Kursus Usahawan Unggas Anjuran MADA Kedah(21-24hb April 2014)

Bersyukur pada Allah kerana telah mempermudahkan perjalanan program Kursus Usahawan Ternakan Unggas dari MADA.  Seramai 37 orang yang terdiri dari 28 pegawai MADA dan 9 orang usahawan hadir menyertai  kursus yang dijalankan selama 4hari 3malam ini bermula 21hb April hingga 24hb April 2014. Mereka datang dengan menaiki bas persiaran yang disewa khas dan selamat sampai jam 5pm.
Barisan peserta bergambar kenangan
Selamat sampai ke Akademi jam 5pm
Sessi suaikenal dan taklimat kursus

Ucapan pembukaan oleh wakil MADA, En Zakariya
Senaman ringan sebelum menjalankan program amali
Latihan amali pemberian vaksin
Program bermula dengan sessi taklimat dan suaikenal pada hari pertama.  Diikuti dengan teori pengenalan penternakan unggas yang disampaikan oleh Puan Fatonah.  Disambung pula dengan Taklimat Penyakit dan Rawatan yang disampaikan oleh Dr Fakar Fariz dari Myternak Trading. 
Latihan amali bermula selepas makan tengahari Hari kedua.  Latihan amali dimulakan dengan pemberian vaksin anak ayam dan anak itik.  Setiap peserta diberi peluang memvaksin sendiri anak ayam.  Program ini bertujuan untuk memberi ilmu dan kemahiran hands on kepada semua peserta.
Sessi taklimat Rawatan & Penyakit ternakan Unggas
Dr Fakar menunjukkan teknik-tekbnik bedahsiasat seekor ayam
Latihan Amali bedah siasat DIY - penyakit ternakan unggas
Ini adalah kali pertama amali bedah siasat dilakukan.  Amali ini dipanggil DIY Post Mortem.  Peserta didedahkan dengan teknik mengenalpasti penyakit ayam hasil dari bedahsiasat organ dalaman.  Latihan ini adalah sinambungan dengan teori Penyakit & Rawatan yang diberikan sebelumnya.

Selain dari amali mengenalpasti penyakit unggas, peserta juga didedahkan dengan teknik pembuatan EM.  Taklimat tentang aplikasi dan kebaikan menggunakan EM telah pun diterangkan seelumnya di bilik kuliah pada hari ketiga.  Peserta diberi pengalaman membuat EM sendiri dan boleh dijadikan produk sampingan syarikat.

Amali pembuatan EM (Effective Micro Organism)
Sebagai bonus dari Akademi MJ Fatonah, peserta diberi tunjuk ajar memproses baja organik.  Sekalipun ia tidak ada di dalam jadual kursus.  Ini juga membuka peluang kepada peserta untuk mengeluarkan baja organik sebagai produk hiliran syarikat masing-masing.

Amali pembuatan Baja Organik
Sebagai kemuncak program kursus kali ini, didatangkan khas, Al Fadhil Ustaz Roslan bin Mohamed untuk memberi tazkirah sekaligus makan malam BBQ bersama beliau.

Jemputan Khas - Ust Roslan Mohamed untuk program tazkirah
Jemaah lelaki bergambar kenangan dengan Ust Roslan
Jemaah wanita bergambar kenangan dengan Ust Roslan
Semoga ilmu dan pengalaman yang dikongsikan di akademi sepanjang kursus ini akan dimanfaatkan oleh peserta semua.
Sekali lagi terima kasih kepada MADA atas amanah ini dan semoga ada kumpulan-kumpulan lain yang akan dihantar berkursus di sini.






Tiada ulasan: