Penggunaan EM di MJ Fatonah telah digunakan sejak
projek ternakan dimulakan. Keberkesanan penggunaan EM di dalam
penternakan ini amat ketara terutama sekali dari segi kawalan bau dan
lalat.
Oleh itu, MJ Fatonah mengambil inisiatif
mngeluarkan produk EM sendiri berasaskan buah-buahan untuk menghasilkan microb
baik setanding produk-produk EM lain di pasaran. EM yang kami proses dan
keluarkan diberi nama MJF Bio.
Sejarah MJF Bio....
Bermula dengan tujuan mengurangkan kos operasi
ladang, MJ Fatonah mengambil inisiatif mendapatkan rumusan pembuatan EM untuk
ternakan dan pengurusan alam sekitarnya. Dengan mengumpulkan maklumat
berkenaan EM dari internet, lawatan ke Kyusei Nature Farming Saraburi, Thailand
dan Institut Pengembangan Sumberdaya Alam (IPSA), Bali, Indonesia serta ilmu
dari kawan-kawan penternak, maka terhasillah MJF
Bio.
Kebaikan MJF Bio
1. Mengurangkan bau tinja/tahi
ternakan
2. Mengurangkan lalat dan mesra alam
3. Bertndak sebgai anti stress
kepada ternakan
4. Penyerapan nutrien makanan yang
lebih baik. Oleh itu ternakan cepat besar dan sihat.
5. Penggunaan ubat yang
minimum...dapat kurangkan kos ubatan sehingga 80%.
6. Baja yang terhasil dari tinja
ternakan menggunakan MJF Bio lebih
berkualiti.
7. Boleh digunakan utk menggurangkan
hama dalam ladang
8. Meningkatkan keuntungan pengusaha
Yakin dengan pelbagaiguna MJF Bio ini, MJ Fatonah kini mengeluarkan EM
berbagai kegunaan:
1. MJF
Bio Induk (Saiz: 1 liter)
2. MJF
Bio Aktif (Saiz: 3 liter & 10 liter)
3. MJF
Bio Bokashi Feed (Saiz: 1kg/pek)
4. MJF
Bio Bokashi Baja (Saiz: 1kg/pek)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan