Selasa, Julai 15, 2014

Lanjutan Pengiktirafan Pusat Latihan Penternakan Untuk Akademi Usahawan MJ Fatonah

Sijil Pengiktirafan Sebagai Pngendali Kursus Penternakan Oleh Ibu Pejabat JPV, Putrajaya
Syukur pada Allah yang Maha Esa....
Pengiktirafan Akademi Usahawan MJ Fatonah sebagai pengendali kursus penternakan dilanjutkan lagi sehingga 01hb Julai 2016.  Ini adalah lanjutan kali ke 2 sejak pertama kali diiktiraf pada tahun 2010.  Pengiktirafan ini memberi makna yang amat besar bagi akademi ini kerana ia menambah keyakinan peserta dan bakal peserta untuk bersama kami di akademi ini.

Ibu Pejabat Jabatan Veterinar Malaysia, Putrajaya menghantar 3 orang pegawai diketuai oleh Dr Sabariah (Pengarah Kanan, Bhgn Latihan & Pembangunan Kerjaya) pada 21hb April 2014 untuk 'review audit' bagi meniliti dan menilai semula kelayakan akademi ini sebelum meluluskan lanjutan pengiktirafan.

Dengan pengiktirafan ini, akademi dibenarkan menggunaka logo JPV disijil yang dikeluarkan kepada peserta kursus.
Logo Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Berbagai aspek yang menjadi kriteria lanjutan pengiktirafan ini.  Antaranya adalah:
1.  Fasiliti yang disediakan untuk peserta memenuhi keperluan asas, keselesaan dan keselamatan.
2.  Modul yang disusun padat dengan maklumat pengurusan, teknikal dan keusahawanan
3.  Tenaga Pengajar yang bertauliah, berpengalaman dan berkemahiran
4.  Rekod ladang yang teratur
5.  Pengurusan ladang yang sistematik
6.  Biosekuriti ladang yang memenuhi spesifikasi JPV

Terima kasih kepada JPV untuk lanjutan pengiktirafan ini.  Terima kasih kepada family, krew MJ Fatonah, teman-teman dan peserta-peserta atas sokongan, dorongan dan doa untuk kami membimbing lebih ramai lagi USAHAWAN TERNAK di masa akan datang.

Tiada ulasan: