Khamis, Disember 11, 2014

Bengkel Susulan Pembuatan Baja Organik

Maktab Koperasi Malaysia (MKM) mengambil langkah proaktif menganjurkan Bengkel Susulan Baja Organik untuk bekas pelatih kumpulan 1&2 tahun 2014.  Bengkel ini dijalankan di Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya selama 2 hari 1 malam bermula 9 - 10hb Disember 2014.
Tujuan bengkel ini dianjurkan adalah:
1.  Untuk mengenalpasti koperator yang telah mengaplikasi ilmu pembuatan baja organik yang telah mereka hadiri sebelum ini.
2.  Mengenalpasti masalah-masalah yang timbul di dalam projek pembuatan baja organik
3.  Mencari jalan penyelesaiian kepada kekangan-kekangan yang dihadapi oleh koperator untuk menjayakan projek ini

Sekali lagi Koperasi MJ Fatonah dijemput untuk memberi dorongan dan berkongsi ilmu dengan koperator.  Pertemuan semula dengan bekas peserta Kursus Pembuatan Baja Organik seolah-olah 'reunion' bagi peserta dan MJ Fatonah.  Semoga silaturrahim kekal terjalin dan kami mendoakan semua koperator yang hadir akan memanfaatkan ilmu yang dikongsikan.


Seramai 14 orang hadir dr 36 yg telah menjalani program pembuatan baja ini. Semua peserta telah memproses baja sendiri dan menggunakannya di tanaman sayur mereka.

Tahniah yg hadir! Terima kasih Pn Norhayati yang menjemput kami menyertai program in.


Tiada ulasan: