9 orang peserta dari kalangan orang asli Sg Siput berkampung d Akademi Usahawan MJ Fatonah untuk kursus ternakan kambing pada 28-30hb Apr 2015.
Mereka bakal usahawan ternak kambing yang akan diberi bantuan kambing dan kandang secara berkelompok oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli atau Jakoa.
Bergambar bersama En.Zulhilmi , pegawai Jakoa Sg Siput
Aktiviti makan pagi dan cleaning
Baja kompos-Pendapatan sampingan
Pembersihan bawah kandang-Kerja mingguan yg perlu dilakukan bagi mengelakkan masalah penyakit kurap dan radang paru-paru
Pembuaran silaj-Makanan "backup" diwaktu kecemasan seperti mesin choopper rosak atau hujan berpanjangan atau ada apa jua halangan utk mengambil rumput kita boleh gunakan silaj ini.
Pembuatan MJF Bio-Peserta diajar bagaimana membuat MJF Bio agar boleh guna di ladang ataupun boleh berniaga (jual)
Sessi teori di dalam bilik kuliah yg berhawa dingin
Akhir kata kami mendoakan semua peserta boleh mengaplikasikan cara penternakan yang betul dan mendapat pulangan yg membanggakan
Terima Kasih kepada Jakoa kerana memberi amanah kepada Akademi Usahawan MJ Fatonah berkongsi pengalaman didalam program Kursus ternakan kambing kepada orang asli Sg Siput.
DiSini Lahirnya Jutawan Ternak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan