Isnin, Julai 09, 2012

Bilik Penginapan Peserta Kursus & Pelawat

Bilik Penginapan Peserta Kursus & Pelawat (Dari pandangan luar)
Bilik Penginapan Peserta Kursus & Pelawat (Dari pandangan dalam- kelengkapan bilik yang selesa)  
Alhamdulillah, bilik penginapan peserta kursus / pelawat telah siap untuk diduduki.  Kemudahan penginapan di Akademi Latihan Ternakan MJ Fatonah:
* dormitori 8org sebilik
* berhawadingin
* 8 unit compartment berkunci
* bilik air di dalam
* heater shower
* penyidai tuala & sejadah
* kawasan letak kereta di hadapan bilik

Sangat selesa untuk berkursus ataupun riadah bsama keluarga.  Nantikan pakej2 menarik yang akan kami lancarkan untuk program2 keluarga dan kawan2.  Untuk sewaan:  RM150.00/bilik/malam

Ahad, Julai 08, 2012

BBQ Ayam Belanda Istimewa MJ Fatonah


BBQ Ayam Belanda (Turkey) Istimewa dari MJ Fatonah Sdn Bhd

Atas permintaan yang semakin meningkat dari para pelanggan, MJ Fatonah Sdn Bhd menawarkan Pakej BBQ Ayam Belanda Istimewa dengan pes perap (marinate paste) asli resepi tersendiri.
Pakej ini termasuk:
1.  5ekor Ayam Belanda (3F: Fresh From Farm)
2.  Sos Perang (Brown Sauce)
3.  Air Asam Pencicah
4.  Perkakasan Memanggang yang lengkap
5.  Dikendalikan oleh 2 orang pekerja MJFSB yang mahir

Harga Pakej hanya RM1100.00

Hidangan sampingan juga disediakan dengan caj yang terendah di pasaran:
1.  Coleslaw:   RM100.00 untuk 100orang tetamu
2.  Kentang Putar:   RM100.00 untuk 100orang tetamu
3.  Salad:  RM150.00 untuk 100orang tetamu
4.  Sup Cendawan: RM150.00 untuk 100orang tetamu
5.  Coleslaw + Kentang Putar + Salad: RM300.00 untuk 100orang tetamu

Nota:
i.     Pakej tidak termasuk pinggan, mangkuk, sudu, garfu dsb.  
ii.   Caj pengangkutan dikenakan untuk jarak melebihi 50km dari Kuala Selangor.
iii.  Tambahan RM200 untuk setiap seekor ayam belanda

Untuk tempahan / pertanyaan lanjut, sila hubungi Fatonah @ 012-3343800

BBQ Istimewa dari MJ Fatonah Sdn Bhd




BBQ Istimewa dari MJ Fatonah Sdn Bhd
Atas permintaan yang semakin meningkat dari para pelanggan, MJ Fatonah Sdn Bhd menawarkan Pakej BBQ Kambing Istimewa dengan pes perap (marinate paste) asli resepi tersendiri.  Amat sesuai untuk majlis keraian atau program aqiqah.

Pakej ini termasuk:
1.  Kambing (3F: Fresh From Farm)
2.  Sos Perang (Brown Sauce)
3.  Air Asam Pencicah
4.  Perkakasan Memanggang yang lengkap
5.  Dikendalikan oleh 2 orang pekerja MJFSB yang mahir

Harga Pakej hanya:
i.   RM1000/ekor untuk majlis keraian
ii.  RM1100.00/ekor untuk majlis aqiqah

Hidangan sampingan juga disediakan dengan caj yang terendah di pasaran:
1.  Coleslaw:   RM100.00 untuk 100orang tetamu
2.  Kentang Putar:   RM100.00 untuk 100orang tetamu
3.  Salad:  RM150.00 untuk 100orang tetamu
4.  
Coleslaw + Kentang Putar + Salad: RM300.00 untuk 100orang tetamu

Pakej tidak termasuk pinggan, mangkuk, sudu, garfu dsb.  Caj pengangkutan dikenakan untuk jarak melebihi 50km dari Kuala Selangor.

Cara Tempahan:
i.  Cara 1:
    - Datang ke ladang memilih kambing yang akan di BBQ
    - Membuat tempahan, bayaran deposit/bayaran penuh, dan memberi nama aqiqah (jika untuk aqiqah)
    - Membuat bayaran penuh (jika ada) & BBQ sedia dihidangkan pada hari majlis
ii.  Cara 2:
    - Mewakilkan MJFSB memilih kambing
    - Membuat tempahan, bank-in bayaran deposit/bayaran penuh dan SMS nama aqiqah (jika untuk aqiqah)
    - Membuat bayaran penuh (jika ada) & BBQ sedia dihidangkan pada hari majlis

Hubungi  Fatonah @ 012-3343800 untuk pertanyaan lanjut / tempahan.

Selasa, Mei 22, 2012

Ayam Mutiara - Dibuka Untuk Jualan

Ayam Mutiara atau Guinea Fowl adalah antara pilihan peminat unggas.  MJ Fatonah Poultry mempunyai stok induk dan muda untuk jualan.  Terdapat berbagai peringkat umur dan harga bergantung kepada umur ayam tersebut.
Mulakan Koleksi Ayam Mutiara Anda Atau Tambah Koleksi Yang Sedia Ada.  Dapatkan Di MJ Fatonah Poultry Sekarang!!

Arnab - Telah Dibuka Untuk Jualan


MJ Fatonah Rabbitry telah memulakan jualan arnab untuk tujuan pembiakan dan 'pet'.  Berbagai baka dan peringkat umur arnab boleh didapati di sini.
  
Datanglah beramai-ramai untuk mendapatkan arnab pilihan anda dengan harga yang sangat berpatutan.

Perubahan Tarikh Kursus Kumpulan Persendirian

Beberapa tarikh kursus anjuran agensi-agensi telah bertindih dengan tarikh kursus persendirian. Oleh itu, tarikh kursus persendirian terpaksa diubah.
Sila rujuk tarikh baru untuk rujukan.

Rabu, Mei 02, 2012

Pembinaan Bangunan Penginapan Peserta Di Akademi Latihan Ternakan MJ Fatonah

Akademi Latihan Ternakan MJ Fatonah akan berwajah baru..
Enam unit bilik penginapan sedang dalam pembinaan untuk menempatkan pesera kursus di Akademi Latihan Ternakan MJ Fatonah.  Bangunan ini bakal mampu menempatkan 42orang tetamu/peserta pada satu masa.  Bilik-bilik ini berhawadingin dan dilengkapi dengan  bilikair serta tandas.  Ia akan memuatkan 4 buah katil tingkat, sebuah meja hias, meja sisi, locker, rak tuala dan keperluan asas bilik yang lain.
Ia dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan Jun 2012 ini.  Mudah-mudahan Allah permudahkan perjalanan pembinaan bangunan ini.
MJ Fatonah Sdn Bhd juga merancang untuk meneruskan projek MJ Fatonah Homestay Berkonsepkan Ladang di sini.  Perancangan teliti akan dibuat dengan pendaftaran syarikat dengan Kementerian Pelancongan dan Kementerian Luar Bandar & Wilayah.  Semoga perancangan ini akan berjalan lancar, Insya Allah.

Ahad, April 29, 2012

Projek Terkini: MJ Fatonah Rabbitry

Projek terkini MJ Fatonah Sdn Bhd ialah MJ Fatonah Rabbitry, penternakan arnab.  Projek ini telah bermula Disember 2011 dengan 2 pasang arnab.  Arnab terus membiak dan pertambahan induk dibuat sebanyak 17ekor lagi.  Perkembangan projek amat menggalakkan.  Sehingga kini, arnab di MJ Fatonah Rabbitry mncecah 120ekor.
Dimulakan dengan baka arnab-arnab kampung sebagai proses pembelajaran penternakan, projek diteruskan dengan baka-baka kacukan Fuzzy, Lop, Angora, Chincilla & New Zealand White.
MJ Fatonah Rabbitry merancang akan mula memasarkan arnab sebagai haiwan kesayangan (pet) dahulu.  Perancangan seterusnya untuk memasarkan daging arnab dan peralatan penternakan arnab.
 59buah sangkar yang mampu memuatkan 300ekor arnab dewasa.
 Antara arnab-arnab comel yang ada di MJ Fatonah Rabbitry
Ini antara induk yang sangat produktif dan pandai menjaga anaknya.

Pembekalan Pakej Ternakan Ayam Kampung Untuk Asnaf Lembaga Zakat Selangor

Terima kasih atas amanah yang diberi oleh Lembaga Zakat Selangor untuk membekalkan pakej ternakan ayam kampung.  Asnaf yang menerima sumbangan bantuan modal ini ialah Encik Azahal bin Saaod dari Kg Selisek, Ulu Bernam.
Pakej yang diterima termasuk:
  1. Kursus Usahawan Ternakan Ayam Kampung
  2. Menaiktaraf reban
  3. Reban Perindukan
  4. Pembekalan anak ayam
  5. Anak Ayam (DOC)
  6. Vaksin, EM & Vitamin
 Gambar di atas adalah gambar sebelum dan selepas reban dibaikpulih (pandngan luar).
 Gambar di atas adalah gambar sebelum dan selepas reban dibaikpulih (pandngan dalam).
 Pembekalan makanan ayam, vitamin, EM-1, molasses, nyahkuman dan vaksin
Pembinaan reban perindukan untuk kapasiti 300ekor anak ayam

Sabtu, April 28, 2012

Pembekalan Kambing Untuk Haiwan Suci Sdn Bhd

Tempahan kambing-kambing untuk Haiwan Suci Sdn Bhd, Ulu Langat selamat dihantar pada 27hb April 2012.  Wakil Haiwan Suci Sdn Bhd amat berpuas hati dengan tempahan yang diterima.
Terima kasih kerana memilih MJ Fatonah Sdn Bhd sebagai pembekal ternakan.

Kursus Usahawan Ternakan Lembu & Kambing (21-23hb April 2012)

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt, kursus ini berjalan lancar seperti yang dirancang.  Atas kerjasama yang sangat baik dari semua peserta, semua modul yang disusun telah dilaksanakan dengan mudah.
Terima kasih kepada semua peserta kerana memilih Akademi Latihan Ternakan MJ Fatonah sebagai tempat latihan pernternakan.  Semoga hubungan silaturrahim yang terjalin akan terus kekal, Insya Allah.  
Kepada Tuan Haji Yunos & Puan Dayang Faridah, semoga ilmu yang dikongsikan dapat dikembangkan di Brunei Darussalam.  Semoga semua peserta akan beroleh kejayaan dalam bidang penternakan ini dan terus memartabatkan ia sebagai karier yang cemerlang..
Berdiri Dari Kiri:       Fahmi, Ruzaini, Khairul, Yasser, Hj Yunos, Ruzaifi, Adzim & Rohimi
Duduk dari kiri:         Hamzah, Ammar, Hafiz, Jamil (MJF), Fatonah (MJF), Aini, Akma & Dayang Faridah
 Menjalani amali memberi lembu makan dedak
Menjalani amali mengumpul tinja untuk dijadikan baja
Masih sempat 'posing' lagi...
Menjalani amali membersihkan rumah kambing
 Menjalani amali memberi kambing makan
Menjamu selera setelah penat menjalani amali-amali ladang
Menjalani amali rawatan kambing
Menjalani amali rawatan lembu
Menjalani amali mengumpulkan pelepah sawit untuk makanan ternakan

Isnin, April 09, 2012

Kursus Usahawan Ternakan Ayam Kampung & Itik

Kursus berlangsung selama 2hari 1malam bermula 07hb April hingga 08hb April.  Terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh peserta.  Kursus seterusnya dijangka akan diadakan pada 05hb - 06hb Mei 2012.
Peserta kursus yang mengambil bahagian: Affis, Fadzil, Hani, Latif & Ruzi
Amali memindahkan ayam dari perindukan ke reban pembesaran
Vaksinasi ND-IB untuk anak ayam
Vaksinasi ND-IB untuk anak itik

Latihan Amali memberi itik makan
Itik yang sedang menunggu makanan diberikan
Latihan Amali memberi angsa makan
Menabur zeolite bagi mengurangkan masalah bau dan lalat
Ayam belanda sedang beriadah petang
En Ruzi & En Hani dengan JJ (anak merak kesayangan MJ)

Rabu, Mac 28, 2012

Slot Wanita Cemerlang di Mingguan Wanita April 2012





Artikel yang disiarkan untuk berkongsi pengalaman dan cerita di sebalik perjalanan perniagaan MJ Fatonah Sdn Bhd.