Khamis, Disember 11, 2014

Bengkel Susulan Pembuatan Baja Organik

Maktab Koperasi Malaysia (MKM) mengambil langkah proaktif menganjurkan Bengkel Susulan Baja Organik untuk bekas pelatih kumpulan 1&2 tahun 2014.  Bengkel ini dijalankan di Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya selama 2 hari 1 malam bermula 9 - 10hb Disember 2014.
Tujuan bengkel ini dianjurkan adalah:
1.  Untuk mengenalpasti koperator yang telah mengaplikasi ilmu pembuatan baja organik yang telah mereka hadiri sebelum ini.
2.  Mengenalpasti masalah-masalah yang timbul di dalam projek pembuatan baja organik
3.  Mencari jalan penyelesaiian kepada kekangan-kekangan yang dihadapi oleh koperator untuk menjayakan projek ini

Sekali lagi Koperasi MJ Fatonah dijemput untuk memberi dorongan dan berkongsi ilmu dengan koperator.  Pertemuan semula dengan bekas peserta Kursus Pembuatan Baja Organik seolah-olah 'reunion' bagi peserta dan MJ Fatonah.  Semoga silaturrahim kekal terjalin dan kami mendoakan semua koperator yang hadir akan memanfaatkan ilmu yang dikongsikan.


Seramai 14 orang hadir dr 36 yg telah menjalani program pembuatan baja ini. Semua peserta telah memproses baja sendiri dan menggunakannya di tanaman sayur mereka.

Tahniah yg hadir! Terima kasih Pn Norhayati yang menjemput kami menyertai program in.


Ahad, Disember 07, 2014

Ikon Pertanian Kuala Selangor


Sijil Penghargaan dan plug


Program Jabatan Pertanian Kuala Selangor mengiktiraf MJFatonah menerima Anugerah Khas MoAinc Kuala Selangor. Pengiktirafan ini diberi atas pencapaian MJFatonah memenangi Anugerah Khas Perdana Menteri sewaktu MAHA2014.


Penyampaian hadiah disempurnakan oleh YB Jakiran Jacomah, ADUN Malawati. YB Jakiran mengenali kami dan banyak sokongan yang diberikan oleh beliau. TKasih YB!

Terima kasih En Izwan Hassan, Pegawai Jabatan Pertanian Kuala Selangor yang mencalonkan kami penerima Anugerah Khas ini. Kami terima amanah Ikon Pertanian ini dengan hati yang terbuka.


Puan Fatonah memegang plug anugerah


Bantuan Perangsang KDEB

 

Mok cek RM223,850.00 diperuntukkan kepada 30 orang peserta Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS) yg berkursus bidang ternakan dgn MJFatonah disampaikan oleh MB Selangor YB Tuan Mohamad Azmin bin Ali sewaktu Karnival KAWAN di Giant Kota Kemuning, Shah Alam. Selangor




Lawatan ke gerai kami... Dato MB diberi penerangan oleh MJ perjalanan program latihan dan bantuan bersama KDEB


Antara yg hadir...Khai dan Mior


Nortagia : gambar penerima bantuan awal pada feb 2013..











Sabtu, Disember 06, 2014

Hijrah Kami ..., Alhamdulilah


Asalammualaikum

1991 setelah tamat pelajaran, kami memilih makan gaji ...persimpangan yg selamat seperti kebanyakan orang Malaysia.

Setelah 15 tahun bekerja bermajikan akhirnya kami mengambil langkah nekad untuk berhijrah ke simpang yg satu lagi....berniaga!!!

Syukur alhamdulilah..Benar dan sahih apa yg diajar dan ditulis dalam quran dan hadis nabi...bermiaga adalah 90% sumber rezeki kita!

Ayoh  mari kita niaga ternak mudahtuai yg menjanjikan pulangan yg cepat dan boleh menjadikan anda sebagai jutawan ternak!!

"Disini Lahirnya Jutawan Ternak"


Rabu, Disember 03, 2014

Buka Minda Usahawan Ternakan

MJFATONAH di jemput oleh En Ismail Zam Zam dari KDEB memberi taklimat peluang perniagaan kepada pekerja Perangsang Temple Golf Club yang diberhentikan kerja pada 31hb Dec 2014.



Taklimat lebih kepada potensi perniagaan ternakan dari sudut keusahawanan dan perniagaan mudah tuai..

Seramai lebih 40 orang hadir bersama pihak pengurusannya Pn Norhalina



Moga mereka yg terlibat bersyukur kerana anda Allah pilih utk berhijrah ke dunia yg baru. Kami doakn anda berjaya dunia dan akhirat.

Lawatan Kerja ZiarahTani Dato Irmohizam MP Kuala Selamgor

ZiarahTani usahawan Kuala Selangor di ketuai oleh MP Kuala Selangor Dato Irmohizam ke MJFatonah

Agensi terlibat..JPV, PPK, Jab Pertamian & Tekun









Sabtu, November 29, 2014

Kursus Ayam Kg, itik dan puyuh

Program terakhir tahun 2014 ...

Jadual program pada 13-15hb Dec 2014

Jadual spt dibawah


Map ke ladang


Hubungi 012-3343800 utk maklumat lanjut


Kursus Lembu dan Kursus Kambing

Program terakhir Kursus Lembu dan Kambing (KP1412) akan dijalankan pada 13-15jb Dec 2014...jika berminat sila hubungi 012-3343800

Jadual program spt dibawah ini

  Map ke lokasi spt dibawah ini
Bayaran RM700 seorang meliputi penginapan dan makan minum serta aktiviti teori dan amali. Depositkan booking tempat ke akaun Maybank 562085515735 MJ Fatonah Sdn Bhd

Khamis, November 27, 2014

RUSA...Komuniti Baru MJFATONAH

Liputan akbar Kosmo 23hb Nov 2013 


Kenapa rusa??

Ternakan yg lasak dan bernilai serta kurang risiko penyakit !!

Kawasan peliharan yg ekonomi dan boleh makan apa saja.

Kami ingin menambah komuniti ternakan agar kepelbagaian bidang niaga diwujudkan..doakan kami dipermudahkan oleh Allah..Amin


Rusa boleh di fidlotkan



Rabu, November 26, 2014

Kursus Asas Ternakan Rusa Di Muar

Kami join kursus anjuran kementerian Belia dan Sukan di Sure Jade Sdn Bhd Jln Barariah, 84000 Muar, Johor

Kursus ini dirasmikan oleh Ketua Pengarah KBS , Dato Hjh Hatifah bt Ibrahim yg kebetulan Dato KP adalah anak jati kg ini.


Pn Fatonah bersama KP KBS


Timbalan Ketua Pengarah KBS


Selfie ckit....hahaha


Rusa...ready for sale







Selasa, November 25, 2014

Ronda - ronda di MAHA 2014

Ronda-ronda di Laman Ternakan

Lembu baka belgium blue


Singgah di kaunter Unggas


Sokongan padu kpd PPAKM


Sempat drop dikaunter GTR


Menyokong GTR..tkasih En Mior menaja pendaftaran keahlian kami







Isnin, November 24, 2014

Seminar Usahawan Berjaya di UPM

MJFatonah dijemput berkongsi pengalaman bersama peserta

Lebih 300 orang yg hadir


Tn Hj Nasir Samad antara panel penceramah

ReUnion SMK Bukit Gading


Seramai 20 keluarga berhimpun utk memeriahkan program reunion bagde 1982-1986 bergambar di dataran jutawan

Mereka membawa pelbagai makanan dan juadah yang sedap2


Diselitkan program doa selamat rakan yg nak mengerjakan umrah dan perbincangan untuk menubuhkan koperasi alummi


Sempat juga anak2 bujang mengambil kesempatan bermain snooker


Pengetua SMK Bukit Gading turut hadir memeriahkan majlis


Kami menyediakan kambing golek dan kari kambing...menggunakan Pes Perap MJF