Sila klik link di bawah untuk artikel.
http://www.hmetro.com.my/articles/SitiFatonahseronokkongsiilmu/Article/
http://www.hmetro.com.my/articles/Damaibertemanhaiwanternakan/Article/
Selasa, Mei 31, 2011
Rabu, Mei 18, 2011
Kursus Usahawan Ternakan Lembu & Kambing (Persendirian) 15-17hb Mei2011
Berdiri dari kiri: Azian, Othman, Roslan & Kamal
Duduk dari Kiri: Shark, Jamil, Fatonah & Adila
Amali Pembuatan Baja
Amali feeding - memberi makan ternakan
Mengumpul tinja untuk dibuat baja
Amali Pembuatan Baja
Memberi kambing makan pelepah sawit
Little Shark bersama Shark & Adila
Kursus telah berjaya dianjurkan dengan jayanya walaupun beberapa peserta yang mendaftar telah menarik diri di saat-saat akhir. Syukur, Alhamdulillah semua peserta telah memberi kerjasama yang baik. Terimakasih kepada Roslan Said, Kamal Ismail, Othman Mamat, Noorshakirin (Shark), Rabiatul Adila dan Azian Salawati Abd Razak. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang dikongsikan di Akademi Latihan Ternakan MJ Fatonah ini dapat dipraktikkan dan dikongsikan juga dengan orang-orang yang memerlukan.
Selasa, April 19, 2011
Pakej Penternakan Ayam Kampung Untuk Asnaf Lembaga Zakat Selangor
Pakej yang disempurnakan dengan membaikpulih reban yang sedia ada, membekalkan anak ayam, makanan ayam, bekas makanan, bekas minuman, nyah kuman dan Probiotik EM-1. Asnaf-asnaf begitu gembira menerima pakej ini dan mereka amat berterimakasih dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS)atas sumbangan yang diberikan.
MJ Fatonah Sdn Bhd berdoa agar LZS akan terus bersedia memberi amanah tanggungjawab menyempurnakan pakej-pakej ternakan kepada asnaf-asnaf LZS.
Peralatan Nyah kuman
Kursus Usahawan Ternakan Lembu & Kambing (Persendirian) 16-18hb April 2011
Satu sessi Kursus Usahawan Ternakan Lembu & Kambing selama 3hari 2malam telah dijalankan pada 16-18hb April 2011. Walaupun kumpulan yang kecil namun matlamat kursus kesampaian. Syukur, Alhamdulillah. Terima kasih kpd Encik Adam Ali sebagai penghulu kumpulan. Kepada Aiman dan Haza, terimakasih kerana sanggup dtg jauh dari Kota Bharu untuk mengikuti kursus ini. Hafiz dan Zahir, kambing dan puyuh boleh 'on' sekali..
Kursus Usahawan Ternakan Lembu & Kambing Anjuran RISDA pada 11-14hb April 2011
Alhamdulillah.... Syukur kepada Allah. Kursus yang dirancang telah berjalan dengan lancar seperti jadual yang disusun. Amanat RISDA kepada MJ Fatonah Sdn Bhd telah disempurnakan sebaiknya. Kepada RISDA, terimakasih atas kepercayaan yang diberi dan kepada semua peserta, terima kasih atas kerjasama yang diberi sepanjang kursus. Begitu juga dengan krew / warga MJ Fatonah Sdn Bhd, terimakasih. Semoga silaturrahim yang terjalin sepanjang kursus akan berkekalan selamanya..
Selasa, Mac 15, 2011
Kursus Usahawan Ternakan Lembu & Kambing 04 - 06hb Jun 2011
Kursus ini akan dijalankan di Akademi Latihan Ternakan MJ Fatonah, Kuala Selangor pada 04-06hb Jun 2011. Pakej kursus yang ditawarkan meliputi penerangan teori, latihan amali, penginapan, makan minum (6x sehari), nota kursus (cetakan dan CD), T-shirt / topi (eksklusif dari MJ Fatonah) dan sijil.
Modul kursus meliputi:
1. Teknikal:
Hubungi Fatonah @ 012-3343800 atau Jamil @ 017-3343800
Modul kursus meliputi:
1. Teknikal:
- Potensi penternakan di Malaysia (isu & cabaran)
- Teknik penternakan lembu & kambing
- Reka bentuk Kandang
- Baka-baka lembu & kambing
- Pemakanan Seimbang Ternakan
- Penyakit & Rawatan Ternakan
- Pengurusan Pastura
- Pemasaran
- Rancangan Perniagaan
- Peluang Pembiayaan
- Pembuatan Baja Kompos
- Pembuatan Silaj (Makanan Ternakan)
- Teknologi Probiotik EM
- Penyembelihan Halal
Hubungi Fatonah @ 012-3343800 atau Jamil @ 017-3343800
Kursus Usahawan Ternakan Lembu & Kambing 12-14hb Mac 2011
Berdiri Dari Kiri: Azhani, Ahmad, Zamzamil, Albert, Qawiyy, Idzmir, Kuzman & Faizal.
Alhamdulillah.. Satu sessi kursus Usahawan Ternakan Lembu & Kambing telah selesai dianjurkan. Terimakasih atas kerjasama semua peserta yang menjayakan program ini. MJ Fatonah amat berbesar hati menerima En Zamzamil yang semata-mata pulang ke Malaysia dari Abu Dhabi untuk mengikuti kursus ini.
Khamis, Disember 30, 2010
LATIHAN PRAKTIKAL UiTM DAN IVM DI AKADEMIl LATIHAN TERNAKAN MJ FATONAH
Tempoh Latihan Industri telah dibahagi kepada beberapa bahagian iaitu:
1. Ternakan Lembu
2. Ternakan Kambing
3. Ternakan Ayam
4. Ternakan Itik
5. Pembuatan Baja & Makanan Ternakan
Kumpulan pelajar ini berpeluang juga mengikuti Kursus Sembelihan Halal yang telah dijalankan bersama anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Kepada semua pelajar; Burn, Fauzan, Ifa, Aris, Syazreen, Ina, Rahimi, Scha, Husaini, Kayal, Shafik, Syiril, Nor'in & Selva, semoga maju jaya dalam pelajaran.
Ahad, Disember 19, 2010
Kursus Sembelihan Halal & Produk Nilaitambah Ternakan (Masakan) Anjuran LPP
Peserta bersama menyediakan bahan-bahan masakan
Ustaz Sapuan Nayan dari JAIS mengendalikan amali sembelihan halal
Salam semua..
Kami baru saja selesai menyempurnakan amanah LPP untuk berkongsi pengalaman & ilmu dengan para peladang tentang penyembelihan halal & mempelbagaikan produk nilaitambah ternakan mereka. Kali ini kami memilih produk nilaitambah sebagai masakan.
Projek ternakan bukan saja tertumpu untuk menjual ternakan itu sahaja. Banyak lagi yang boleh dibuat untuk menambah lagi pendapatan sebagai penternak. Contohnya baja, telur, susu dan satu lagi pakej masakan.
Di dalam kursus ini, peserta diberi idea mempelbagaikan hasil produk ternakan mereka. 5 menu disediakan untuk dikongsi bersama iaitu masak kari kambing, kurma, dalca, sup dan masak kicap black pepper.
Terima kasih kepada LPP kerana mengamanahkan kami satu sessi kursus latihan. Terimakasih juga kepada Ust. sapuan dari Jabatan agama Islam Selangor (JAIS) atas kerjasama yang diberikan. Tidak lupa terima kasih kepada para peserta atas
komen yang diberikan. Alhamdulillah, Allah telah permudahkan kami melakukannya.. Amin.
Selasa, Ogos 03, 2010
Lembu & Kambing Untuk Aqiqah / Kurban
Kambing stok baru untuk bekalan aqiqah dan kurban. Sempena menyambut Ramadhan Al Mubarak, MJ Fatonah Sdn Bhd menyediakan bekalan kambing dan biri-biri untuk jualan. Tidak perlu risau tentang:
- siapa yang nak sembelih?
- siapa yang boleh masak?
- Apa masakan yang paling sesuai untuk majlis yang akan diadakan?
- bermacam lagi persoalan????
Jangan risau... kambing yang dibeli dari ladang MJ Fatonah boleh juga ditempah siap masak. Antara menu yang disediakan ialah BBQ, kari, kurma dan sup. Kami juga sedia membuat penghantaran (sekitar Selangor). Caj yang dikenakan untuk masakan dan penghantaran sangat berpatutan.
Hubungi kami untuk tempahan atau lawatan ladang @ 012-3343800 / 017-3343800
- siapa yang nak sembelih?
- siapa yang boleh masak?
- Apa masakan yang paling sesuai untuk majlis yang akan diadakan?
- bermacam lagi persoalan????
Jangan risau... kambing yang dibeli dari ladang MJ Fatonah boleh juga ditempah siap masak. Antara menu yang disediakan ialah BBQ, kari, kurma dan sup. Kami juga sedia membuat penghantaran (sekitar Selangor). Caj yang dikenakan untuk masakan dan penghantaran sangat berpatutan.
Hubungi kami untuk tempahan atau lawatan ladang @ 012-3343800 / 017-3343800
Ahad, Julai 11, 2010
KURSUS USAHAWAN TERNAKAN LEMBU & KAMBING
Kursus ini akan dijalankan pada 02hb Ogos hingga 04hb Ogos 2010 di Akademi Latihan Ternakan MJ Fatonah, Kuala Selangor. Pakej kursus meliputi penginapan, makan minum 6x sehari, latihan amali / teori, T shirt, nota kursus (CD & Cetakan) dan sijil. Modul kursus meliputi:
a. Potensi penternakan lembu & kambing di Malaysia
b. Teknik penternakan
c. Rekabentuk kandang
d. Mengenal baka-baka lembu & Kambing
e. Penyakit dan Rawatan
f. Teknik penananam Napier (Pengurusan Pastura)
g. Teknik pembuatan Silaj Napier / Sawit
h. Teknik pembuatan baja
i. Penyembelihan Halal
j. Rancangan Perniagaan
k. Pemasaran
l. Pembiayaan
Bonus: Aplikasi Teknologi EM di dalam penternakan
Yuran Kursus: RM600 sahaja.
Hubungi: 012/017-3343800 (Fatonah / Jamil)
a. Potensi penternakan lembu & kambing di Malaysia
b. Teknik penternakan
c. Rekabentuk kandang
d. Mengenal baka-baka lembu & Kambing
e. Penyakit dan Rawatan
f. Teknik penananam Napier (Pengurusan Pastura)
g. Teknik pembuatan Silaj Napier / Sawit
h. Teknik pembuatan baja
i. Penyembelihan Halal
j. Rancangan Perniagaan
k. Pemasaran
l. Pembiayaan
Bonus: Aplikasi Teknologi EM di dalam penternakan
Yuran Kursus: RM600 sahaja.
Hubungi: 012/017-3343800 (Fatonah / Jamil)
Langgan:
Catatan (Atom)