Khamis, Februari 20, 2014

Lawatan Kerja Pegawai Mardi Selangor

Tanggal 17hb Feb 2014 Lawatan kerja oleh pegawai MARDI yang berpejabat di Jalan Kebun Klang, Selangor Dr Shahrizan bersama 2 pegawai lagi. Beliau bertugas di dalam sektor ternakan dan sedang mengumpul maklumat permasalahan yang dihadapi oleh penternak di dalam industri ini .
MJ Fatonah berkongsi masalah pemakanan dan sumber input ternakan yang harganya tiada kawalan.
Kami mengharapkan ada rancangan jangka masa panjang yang dikeluarkan oleh pihak MARDI di dalam membantu industri ternakan negara terutama penghasilan makanan. Kami memohon bantuan beliau didalam menghasilkan formula makanan yang boleh dibuat sendiri oleh penternak.
Terima kasih atas lawatan ini, moga siratulrahim dapat dijalinkan berterusan dan membantu kami dalam memastikan industri ini terus berdaya saing.
Bersama Dr Shahriza dan pegawai MARDI.


Tiada ulasan: