Jumaat, Februari 21, 2014

Pembuatan makanan ternakan

MJ Fatonah melangkah setapak lagi dengan projek terbaru; PEMBUATAN MAKANAN TERNAKAN.  Dengan mengenalpasti nutrien-nutrien penting yang ada dalam pemakanan ternakan, dari bahan-bahan mentah tempatan.
Sebuah mesin palletizer, pengadun (mixer) dan pengisar telah ditempah untuk memenuhi keprluan projek ini.
Pellet dengan formulasi tersendiri untuk ternakan lembu, kambing, ayam kampung, itik pedaging serta puyuh.
Dengan kapasiti awal mesin 400kg/jam, syarikat menjangkakan pengeluaran akan memenuhi keperluan ladang sendiri dan membuka ruang utk berkongsi kelebihan pellet ini dengan penternak lain.  Kapasiti dan bilangan mesin akan ditambah dari masa ke semasa bagi memenuhi keperluan yang meningkat.
Penggunaan makanan buatan sendiri ini akan mengurangkan kos operasi dan sekaligus menambah keyakinan pelanggan tentang status kehalalan makanan ternakan yang sangat diragui sekarang ini.

Insya Allah, rancangan kami menghasilkan makanan ternakan dapat di realisasikan seawal petengahan March 2014.

Moga Allah permudahkan ràncangan kami ini. Doa anda semua juga kami perlukan. Amin

Mesin pellet makanan ternakan yang telah ditempah dan dijangka akan mula beroperasi Mac 2014.
Mesin gaul bahan-bahan campuran makan yang bakal di beli untuk mempercepatkan proses pengaulan bahan mentah


Tiada ulasan: