Isnin, Disember 22, 2014

Lawatan Kerja Dato' MB Selangor, YAB Tuan Mohamed Azmin bin Ali

Syukur alhamdulilah, YAB Dato' MB Selangor, Tuan Mohamed Azmin bin Ali menunaikan janjinya untuk hadir ke ladang kami sejak berjumpa pertama kalinya sewaktu Perasmian MAHA2014.
Kehadiran Dato MB ke Majlis Perasmian MAHA 2014 amat membanggakan kami
YAB Dato' Menteri Besar sampai tepat jam 3pm, disambut oleh YM Dato' Raja Idris bin Raja Kamarudin, Pengerusi Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) serta semua yang hadir seramai lebih 150 orang daripada pegawai jabatan dan agensi kerajaan, Sahabat MJ Fatonah dan masyarakat setempat.


Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk Dato' MB melihat sendiri kejayaan MJFatonah selepas dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Perdana MAHA 2014. Kami diperuntukkan 45 minit dalam sessi turun padang Dato' MB, oleh itu kami menggunakan masa yg diberikan sebaiknya.
Program lawatan bermula dengan Dato' MB turun di kawasan unggas. Kami memberi penerangan mengenai merak, ayam belanda, ayam mutiara. Sambil berjalan disetiap rumah ayam ini, kami maklumkan potensi yang ada disetiap komuditi. 
Kemudian Dato Menteri Besar melawat kawasan kambing kerana beliau pernah menternak kambing suatu masa dahulu. Dato MB sempat membelai kambing sambil disaksikan oleh semua hadirin
YB Azmin menceritakan pengalamannya menternak kambing di zaman sekolah
Manja sungguh lembu-lembu MJF dengan Dato MB
YB Azmin juga dibawa ke rumah lembu dan beliau sangat teruja kerana saiznya besar dan sihat. Sempat bermanja dengan lembu yang jinak-jinak.
Majlis diteruskan dengan ucapan Pengarah Urusan MJ Fatonah Sdn Bhd.  Dalam ucapan saya merakamkan rasa terima kasih atas kesudian YAB Tuan Azmin Ali datang melawat ladang kami.  Diikuti dengan teks ucapan yang disampaikan oleh YB Azmin.
Barisan tetamu kehormat yang hadir: Pegawai Daerah Kuala Selangor, Tuan Hj Suliman, Pengerusi KPS, YM Raja Idris, Dato' Menteri Besar, YAB Tuan Azmin Ali, Exco Pertanian, YB Haji Zaidy & Exco Pembangunan Desa, YB Haji Yunus
 
Dato MB berkesempatan melihat sendiri barangan yang diagihkan kepada penerima bantuan KPS.  Bantuan ini disalurkan melalui program Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS).  Di antara barangan yang diagihkan adalah freezer, mesin memproses ayam dan mesin timbang digital.  Beliau juga menyempurnakan gimik penyerahan agihan kepada Sahabat MJ Fatonah (peserta RKRS) yang layak.
Gimik penyampaian Bantuan Modal RKRS oleh YAB Dato Meteri Besar
Majlis terus disempurnakan dengan menandatangani plak lawatan kerja.
Plak Kenangan Lawatan Kerja YAB Menteri Besar ke MJ Fatonah

YAB Dato Menteri Besar, exco-exco kerajaan negeri, pegawai-pegawai jabatan kerajaan/agensi, Sahabat MJ Fatonah dan orang-orang kampung dijamu dengan 2ekor BBQ ayam belanda, 2ekor BBQ kambing bersama menu sampingan, sup ayam selasih dan nasi goreng cina.  Terima kasih kepada Shafie's Brothers dan Jabatan Pertanian Kuala Selangor untuk tajan air kelapa mataq/pandan.

BBQ Kambing dan Ayam belanda
Antara jemputan yang hadir
Penyerahan cenderahati untuk YAB Azmin
Menjamu selera dengan menu special ;Sup Ayam Selasih
Bergambar kenangan sebelum YB Azmin pulang
Akhir kata, kami warga MJ Fatonah sekali melahirkan rasa syukur pada Allah swt kerana telah mempermudahkan dan melancarkan majlis bermakna ini.  Cuaca yang sangat baik meskipun sekarang musim hujan.  Jutaan terima kasih kepada YAB Dato Menteri Besar: Tuan Mohamed Azmin bin Ali, Exco Industri Asas Tani: YB Zaidy Abdul Talib, Exco Pembangunan Desa: YB Hj Yunus Hairi, Pengerusi Kumpulan Perangsang Selangor: YM Raja Idris bin Raja Kamaruddin, Pengarah Veterinar Negeri Selangor: Dr Latif, Pegawai Daerah Kuala Selangor: Tuan Haji Suliman, Penghulu Mukim Kuala Selangor: En Hanis, YDP MPKS: Puan Hajjah Noraini, Pengerusi JKKK Kg Kuantan: En Hazol, Pegawai Veterinar Daerah: En Haris, Pegawai Jabatan Pertanian Kuala Selangor: En Izwan Hasan, Pegawai CSR KPS: En Ismail Zam Zam, pegawai-pegawai jabatan / agensi, Sahabat MJ Fatonah, warga Kg Teluk Penyamun / Kg Sepakat / Kg Kuantan, keluarga dan sahabat handai yang datang memeriahkan majlis kami ini.  Maaf juga kami pohon jika terdapat kekurangan dan kelemahan di majlis ini.

Lawatan ini juga mendapat liputan dari Selangor Kini.  http://bm.selangorku.com/64920/%EF%BB%BFkerajaan-negeri-mj-fatonah-kerjasama-tingkat-sektor-penternakan/

Tiada ulasan: