Selasa, Disember 23, 2014

Selangor AgroFest 2014

Selangor Agrofest 2014 kali ini diadakan di Stadium Sungai Besar, Selangor dari 18hb-21hb Disember 2014.  Program yang sangat meriah dan dicatatkan sebagai SAF yang terbesar sejak diadakan.  Penglibatan jabatan-jabatan kerajaan dan usahawan yang mempamerkan produk masing-masing menambah kemeriahan program ini.
Alhamdulilah, saya sebagai Pengarah Urusan MJFatonah dinobatkan sekali lagi sebagai Pemenang Tempat Pertama (Kategori Ternakan) dan Anugerah Khas Selangor AgroFest 2014.
Dato' Menteri Besar YAB Azmin bin Ali menyampaikan tropi Anugerah Khas SAF2014 , sijil dan cek.
Dato' Menteri Besar YAB Azmin bin Ali menyampaikan tropi Pemenang Tempat Pertama (Kategori Ternakan) SAF2014 , sijil dan cek
Barisan penerima anugerah SAF2014 bergambar kenangan bersama Dato Menteri Besar, Exco dan Pegawai Daerah
Sijil Anugerah yang diterima semasa SAF 2014
Baju yang ditempah khas untuk para penerima anugerah di SAF2014
Diwawancara oleh DJ Zubir untuk berkongsi pengalaman dan tips kejayaan bersama para pengunjung karnival
Sempat post dengan kenderaan rasmi Dato' MB Selangor
Ribuan terima kasih kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor kerana menyediakan booth untuk MJ Fatonah sempena SAF2014 ini.
Bersama Dr Fauziah

Backdrop yang disediakan oleh JPV Negeri Selangor untuk MJ Fatonah Sdn Bhd
Kunjungan YB Azmin dan exco YB Zaidy ke booth Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor
Bergambar kenangan bersama Dato Menteri Besar, YAB Azmin Ali, Exco Pertanian, YB Zaidi, Pengarah JPV Selangor, Dr Latif, Timbalan Pengarah, Dr Fauziah dan pengusaha E Mann Food Sdn Bhd

Pandai melawak MB kita ni..

Terima kasih juga kepada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Selangor kerana menyediakan booth untuk para penerima anugerah SAF2014.
Poster disediakan oleh LPP Negeri Selangor
3 ekor rusa yang sedang dipanggang untuk Program Cuba Rasa BBQ anjuran JPV Negeri Selangor
Yang ni real Abang Long MJ Fatonah
Pelapis MJ Fatonah sedang beraksi

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor memberi peluang kepada MJ Fatonah menyediakan menu Cuba Rasa BBQ.
i.    18hb Dis - BBQ 5 ekor ayam belanda, sup cendawan dan garlic bread
ii.   20hb Dis - BBQ 3 ekor rusa, kentang putar dan coleslaw
iii.  21hb Dis - BBQ 3 ekor kambing, kentang putar dan coleslaw
Melayan para pengunjung merasa BBQ rusa dan menu sampingan
Alhamdulilah..amanah disempurnakan dgn jayanya..TKasih JPV
Sempat bergambar dan berbicara dgn Exco Pemodenan Infra dan Pertanian Selangor, YB Zaidi
Sempat mendengar ceramah Tuan Guru Hadi Awang..Hari Ahad
Program ini telah mendapat liputan oleh Sinar Harian pada hari Selasa, 23hb Disember 2014.

Harian Sinar 23hb Disember 2014
Sekali lagi kami memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurniaNya MJ Fatonah Sdn Bhd menerima anugerah ke 5 dan ke 6 untuk tahun ini selepas anugerah di MAHA 2014.  Jutaan terima kasih kepada seluruh famili, warga MJ Fatonah, Sahabat-sahabat MJ Fatonah, MoA, JPV, LPP, PPK, Jab. Pertanian dan semua yang terlibat.

Tiada ulasan: