Selasa, Februari 10, 2015

Jemputan Perkongsian Pengalaman Di Program Inkubasi Usahawantani, UPM Serdang

Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Program Inkubasi Usahawantani bagi melahirkan usahawan muda pertanian dalam kalangan graduan selaras dengan hasrat kerajaan untuk menambah bilangan usahawan muda.  Program itu merupakan kursus khas keusahawanan kepada bakal usahawan pertanian dan ditawarkan kepada graduan UPM atau luar UPM untuk melahirkan usahawantani yang berwibawa bagi melaksanakan projek pertanian. Ia telah dijalankan sejak 2012.

MJ Fatonah dijemput buat kali ke4 untuk berkongsi pengalaman di dalam program ikubasi UPM...45 orang pelatih dari pelbagai pusat pengajian tinggi mengikuti program ini



Selfie pulak.... Taklimat diberikan di Bilik Kuliah 1, Fakulti Pertanian, UPM
Puan Fatonah sedang menyampaikan taklimat
Antara silde yang dibentangkan untuk para peserta program
Surat dari Pengarah Program

Bagi pihak syarikat, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas jemputan.  Semoga perkongsian maklumat dan tip-tip kejayaan yang saya sampaikan akan dimanfaatkan peserta kursus.



Tiada ulasan: