Sabtu, Mac 07, 2015

Jemputan Ceramah Motivasi Keusahawanan di Fakulti Elektrik, Politeknik Ibrahim Sultan, Johor Bahru

Program 'Industrial Talk' Politeknik Ibrahim Sultan kali ini menjemput kami dari MJ Fatonah Sdn Bhd sebagai penceramah Motivasi Keusahawanan.  Ia diadakan pada 01hb Mac 2015, bertempat  di Dewan Kuliah 1, Fakulti Kejuruteraan Elektrik.  Selain dari MJ Fatonah Sdn Bhd, En Zaki dari Cable Industri, Masai juga dijemput sebagai penceramah.

Program ini dimulakan dengan ucapan perasmian dan kata-kata aluan oleh Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, En Hatta bin Zainal.  Saya mengambil tempat sebagai speaker pertama.  Perkongsian pengalaman dan motivasi keusahawanan untuk pelajar yang akan menamatkan pelajaran mereka satu semester lagi.
Cenderahati dan tanda kenangan dari Politeknik Ibrahim Sultan

Tak pernah sangka.. akan berdiri di atas pentas dan berceramah di Dewan Kuliah Utama.. rase macam pensyarah pulak
Bersungguh menyampaikan perkongsian maklumat dengan audian

Pengarah Politeknik, Encik Hatta bersama dengan Ketua Jabatan, Tuan Haji Yusuf dan pensyarah-pensyarah
Antara peserta yang hadir

Bergambar kenangan dengan Pengarah dan kakitangan PIS

Wajah sahabat-sahabat lama yang kini berkhidmat di PIS

Semoga perkongsian ilmu dapat dimanfaatkan oleh peserta program Industrial Talk ini.  Terima kasih kepada PIS kerana menjemput MJ Fatonah Sdn Bhd sebagai salah seorang speaker program.

Tiada ulasan: