Rabu, Ogos 05, 2015

BBQ Kambing Untuk Jamuan Hari Raya Ibu Pejabat LPP

Syukur Alhamdulillah.. rezeki yang Allah berikan hari ini, tempahan 7ekor kambing dengan menu sampingan oleh Ibu Pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Kuala Lumpur.
Terima kasih kepada seluruh warga LPP terutama sekali En Zulkifli Junid atas amanah yang diberikan.  Tetamu yang hadir amat berpuas hati dengan sajian yang dihidangkan.  
Menu sampingan yang dihidangkan bersama BBQ kambing ialah sup cendawan, coleslaw dan kentang putar.
Tetamu istimewa majlis ini ialah Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, YB Dato Sri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi LPP - Ybhg Tan Sri Dato Haji Zainal Dahalan dan Ketua Pengarah LPP - Dato Arpan Shah Satu.
Bersama Menteri MoA yang baru
Dato Menteri, Tan Sri Pengerusi, Dato KP dan MD MJ Fatonah
Lets enjoy MemBBQ
Hari panas... meleleh make up mak.. hihi
2 dari 7 ekor kambing yang di BBQ
 

Selfie jap dengan kambing
Ayuh nikmati keenakan pes traditional semula jadi, ramuan asli dan tersendiri MJ Fatonah.  Untuk tempahan, hubungi Fatonah 012-3343800

Tiada ulasan: