Memenuhi jemputan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Putrajaya untuk memeriahkan program Selamat Pagi Malaysia bagi Pra-Pelancaran Hari Peladang, Penternak & Nelayan Kebangsaan 2015 di Wisma Berita RTM, Angkasapuri. Sebuah program yang sangat meriah berlangsung untuk mewar-warkan HPPNK 2015. Banyak gerai-gerai agensi yang dipromosikan di sini menjual dan mendemonstrasi produk masing-masing.
Program berlansung seawal 7am. Jam 8.30am, program semakin rancak dengan kehadiran Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani yang baru, Dato Sri Ahmad Shabery bin Cheek dan Ketua Pengarah jabatan-jabatan serta Pengerusi agensi-agensi.
|
Dato Menteri menghiris sendiri kambing BBQ, diiringi oleh En MJ, Dato Hj Irmohizam dan Pemangku Ketua Pengarah JPV, Dr Kamaruddin |
|
Bila dah jumpa orang kampung... Tan Sri Zainal Dahalan, Pengerusi LPP ysng sangat humble |
|
Ruangan Lintas langsung dan temubual bersama menteri |
|
Dato Sri Shabery Cheek memang peminat BBQ kambing |
|
Bersama Dr Nazihah, KSU MoA, Dato Ariff dan Dr Kamaruddin |
|
Bersama Dato Arpan, Dato Alwi (KP KADA) dan Dr Kamaruddin |
|
Pengazara Selamat Pagi Malaysia yang comey ala2 Dato Siti |
Terima kasih kepada JPV atas jemputan ke program ini.. sangat mengujakan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan