Rabu, September 16, 2015

Ziarah Tani Pemenang MAHA 2014 Ke Xi'an & Guangzhou, China

Terutama sekali saya bersyukur kepada Ilahi kerana telah mempermudahkan perjalanan kami pergi dan pulang Malaysia - China - Malaysia.
Jutaan terima kasih kepada LPP sebagai penganjur kepada Ziarah Tani Pemenang MAHA 2014 ke Xi'an & Guangzhou, China.
Perjalanan 6hari 5 malam bermula pagi 7hb Sept 2015 dari KLIA ke Baiyun International Airport, Guangzhou. Perjalanan diteruskan ke Xi'an dengan penerbangan domestik.  Seharian di perjalanan, sampai ke Hotel Ramada jam 10.00pm.  Check in dan terus keluar makan malam di Muslim Street jam 10.30pm.  Badan letih, mata mengantuk tapi perut lapar... kena keluar juga.

 Program bermula 8hb Sept 2015 ke Yang Ling Agriculture Park, sebuah tapak pertanian seluas 500ekar dengan berbagai jenis tanaman ala-ala Cameron Highland.











Destinasi ke dua ialah Yang Ling Machinery, tempat menjual jentera-jentera pertanian.


Pulang ke Xian dan makan malam di Muslim Street lagi..
Hari berikutnya, 09hb Sept 2015, ke Sanbao Supermarket, sebuah pasaraya yang menjual produk-produk tempatan dan luar negara yang mempunyai sijil pengesahan halal.  Dimiliki oleh Tuan Haji Abu Bakar, antara usahawan Islam terkaya di China.



Pulang ke Xian mengambil masa 2jam.  Makan tengahari dan bertolak ke tempat sejarah Pahlawan Terracotta.  Sejarah di sini sangat unik di mana 8099 patung pahlawan, kuda dan peralatan perang di tanam di sini.  Berdekatan dengan Pusara Maharaja China yang Pertama Qin,












Tiada ulasan: