Selasa, September 01, 2015

Kunjungan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek Ke MJ Fatonah Sdn Bhd

Terima kasih, Dato' Sri
Tanggal 29hb Ogos 2015 adalah tarikh yang amat bermakna buat MJ Fatonah Sdn Bhd kerana menerima kunjungan dari Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani yang baru, Dato' Sri Ahmad Shabery bin Cheek.  Jutaan terima kasih atas kesudian Dato' Sri bersama pegawai-pegawai kanan kementerian berkunjung ke MJ Fatonah Sdn Bhd.
Antara pegawai kanan yang turut hadir adalah Ketua Setiausaha Kementerian, Dato' Ariff bin Abd Rahman, Pengerusi LPP, Tan Sri Zainal Dahlan, Ketua Pengarah LPP, Dato Arpan Shah Satu, Ketua Pengarah Veterinar, Pengarah Veterinar Malaysia, Dr Kamaruddin, Ketua-ketua Kampung sekitar Kuala Selangor, penduduk kampng dan Sahabat MJ Fatonah.
Turut dihadiri juga pemimpin-pemimpin setempat, Dato' Irmohizam Ibrahim, Ahli Parlimen Kuala Selangor, DUN Malawati, YB Jakiran Jacomah dan Ketua Kampun Teluk Penamun, En Hazol.

Sessi penerangan awal oleh En MJ
Sambil berjalan masuk, En MJ memeberi serba sedikit maklumat ladang kepada Dato' Sri
Dato Sri diiringi Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dato Irmohizam Ibrahim melawat Kandang Rusa MJ Fatonah
Lawatan terus ke kawasan Ternakan Ruminan
Dato' Sri Shabery memberi ucapan singkat sempena lawatan
 Selesai lawatan, Dato' Sri mendengar sedikit taklimat dari Puan Fatonah, Pengaah Urusan MJ Fatonah Sdn Bhd.  Di majlis ini, MJ Fatonah Sdn Bhd mengambil kesempatan menyerahkan memorandum mewakili penternak-penternak di Malaysia.  Penyerahan memorandum ini mendapat liputan meluas dari berbagai akhbar harian pada esoknya.

Penyerahan Memorandum Penternak Malaysia
Memberi sedikit cenderahati kepada Dato' Sri Shabery sempena lawatan ini

Dato' Sri Shabery sempat beramah mesra dengan salah seorang peserta kursus yang membawa produk susu segar sebagai produk syarikat
 
Menandatangai Buku Pelawat
Bersama Dato Sri Shabery dan KSU, Dato' Ariff abd. Rahman
Plak yang ditandatangi Dato Sri Shabery sebagai tanda kenangan
Test ucapan yang dicoretkan Dato Sri Shabery
Minum pagi bersama Dato' Sri dan pegawai-pegawai kanan Kementerian
Dato' Sri ajak wefie
Ni wefie dengan hp En MJ pula
En MJ bersama Ketua Pengarah Veterinar, Malaysia, Dr Kamaruddin
Bersama Ketua Pengarah Veterinar Malaysia dan Pengarah JPV Selangor, Dr Akma
Sebagai Kengan, bergambar bersama Dato Sri sebelum beliau berlalu ke IADA
 Semoga lawatan ini menjadi pembakar semangat kepada MJ Fatonah Sdn Bhd, Sahabat MJ Fatonah dan seluruh warga ternak di Malaysia ini.

Tiada ulasan: