Khamis, Ogos 25, 2016

Kunjungan Usahawan Johor Ke MJ Fatonah


Para Usahawan Johor bergambar kenangan

Rombongan seramai 30 orang usahawan diiringi oleh En Khalid dan En Salleh dari MoA, sampai ke MJ Fatonah pada jam 3pm.  Majlis dimulakan dengan ucapa alu-aluan Pengarah Operasi MJ Fatonah Sdn Bhd, En MJ.  Seterusnya En MJ memberi sedikit pengenalan tentang MJ Fatonah.  Program diteruskan dengan suntikan semangat dari beliau untuk semua tetamu.

Program disambung dengan kata-kata semangat yang disampaikan pula oleh Pengarah Urusan MJ Fatonah Sdn Bhd, Puan Siti Fatonah.  Perkongsian pengalaman, perkongsian tips-tips kejayaan dan menjawab beberapa soalan yang diajukan oleh para usahawan.

Selesai majlis taklimat, para tetamu dihidangkan dengan jamuan ringan dan seterusnya di baw ke ladang untuk 'Farm Tour'.

Sessi bernesra dengan lembu
Majlis disempurnakan dengan penyampaian cenderahati oleh En Salleh sebagai wakil para tetamu,  Jutaan terima kasih atas pemberian cenderahati ini.. Barangan JDT Boh!!!!

Mr Untong tak lepas peluang enterpremmm!!!
Ummi.... Untong nak jugaaaaaak!!!
Terima kasih Daun Keladi... Senang2, datanglah lagi..
Nak ikut balik ker? hihi
Pesawat yang membawa para deligasi JUTAWAN2 dari JDT...
Akhir kata, terima kasih atas lawatan.. Maaf jika ada terkasar bahasa, terover gurau atau terkurang dari segi layanan dan fasiliti.

Semoga jumpa lagi







Tiada ulasan: