Isnin, Ogos 29, 2016

Kursus Usahawan Ternakan Ruminan & Unggas Sessi Ogos 2016 (KP1607)

Syukur pada Allah, usai sudah program yang dijalankan 3hari di Akademi Usahawan MJ Fatonah.  Seramai 24 Bakal Jutawan Ternak menyertai program kali ini.  20orang mengikuti Program Ruminan (Lembu & Kambing) dan selebihnya mengikuti Program Unggas (Ayam Kampung, Itik & Puyuh).


Berdiri Dari Kiri:     Nuraidi, Khairul, Alif, Ariffin, Vijay, Hakimi, Ariff, Wan, Ainol, Shazani, Zulhilmi, Deen, Talip & Amir
Duduk Dari Kiri:      Izham, Asri, Munfatir, Raja Rusman, Idris (Penghulu), Jamil & Fatonah (MJF), Fatin, Elis, Hazizan, Hamidah & Nasita
Program bermula jam 10am dengan pendaftaran peserta sehingga jam 10.30am.  Program diteruskan dengan sessi taklimat pengenalan kursus dan suai kenal.  Berhenti rehat untuk Makan tengahari dan solat zohor. Program disambung dengan Taklimat dan penerangan secara teori di bilik kuliah.

Hari Kedua adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua para peserta.  Hari ini, semua peserta akan diberi peluang untuk merasai dan melalui kehidupan sebenar seorang usahawan ternakan.  Para peserta dilatih oleh kami sendiri sebagai pengusaha, pemilik dan tenaga pengajar di Akademi ini.  Latihan amali hands on diberikan bagi melatih skill menguruskan ternakan dengan baik dan sistematik.

Sebelum memulakan amali, jom buat streching sikit..... 
Warming up ajer ni.... kalau x, nak ajak berzumba.. haha
AMALI DI UNIT UNGGAS
Amali Pemvaksinan
Feeding /  Memberi makan sebelah pagi.. Lakukan pemerhatian jika ada ternakan sakit.

Sembelihan Halal & Post mortem penyakit
Pembersihan reban - Membakar bulu-bulu ayam di dinding reban dan membunuh hama


AMALI DI UNIT RUMINAN

Amali Pengurusan Kebersihan Kandang
Amali Memberi kambing makan
Amali Memberi Lembu Makan
Amali Rawatan Kambing
Bila Doktor Veterinar Beraksi...
Zul, Awe Kelate.. bakal jutawan ternak
Ni pun Awe Kelate juge..
Amali Pembersihan Kandang Lembu.. jom kutip DUIT!!!
Buat Baja Organik... tambah pendapatan syarikat.. Amali ni join dengan Unit Unggas
Additional input untuk peserta.. teknik sembelihan kambing dan melapah

Pembuatan silaj dari pelepah sawit
Bila dah penat mendengar taklimat dan dah penat beramali..... apa lagi??? Jom TERJUN KOLAM!!!

Ahhh... lega dapat berenang... release betul..

Dalam kolam pun MJ bagi kelas..
Then rehat..... Lepas rehat, jom berBBQ kat tepi kolam....


Hari ketiga.. hari terakhir kursus, peserta dibentangkan dengan topik-topik keusahawanan dan cerita tentang makhluk ajaib EM...
Sessi penutup, penyampaian sijil dan makan tengahari.... special menu dari kami, RENDANG ITIK.. tambah lagi satu menu dari katerer.




Kepada semua peserta dan BAKAL JUTAWAN TERNAK, selamat maju jaya.  Insya Allah kami akan membantu dan terus membantu semampu kami.

Kepada Anda yang ingin merasai semua yang mereka lalui sepanjang 3hari 2 malam di sini, bertindak sekarang.  Hantarkan nama anda, no kp, alamat dan email ke 012-3343800.  Kursus akan datang adalah pada 01-03hb Oktober 2016.
WASSALAM

Tiada ulasan: