Rabu, Jun 26, 2013

Kursus Usahawan Ternakan Ruminan & Unggas Sessi ke2 Jun 2013 (22 - 24hb Jun 2013)

Syukur Alhamdulillah, Ya Rabb... program berjalan seperti yang dirancang.  Seramai 31orang peserta mengikuti kursus kali ini.  21 orang peserta mengikuti program Kursus Ruminan (Lembu & Kambing) dan 10 orang mengikuti Kursus Unggas (Ayam kampung, Itik & Puyuh).
Bobo juga mahu bergambar bersama peserta kursus

Seperti dua sessi kursus sebelum ini, Kumpulan Ruminan dikendalikan oleh En MJ dan Kumpulan Unggas dikendalikan oleh Pn Fatonah.  Walaupun jerebu menyelubungi langit Kuala Selangor ini, namun program yang diatur berjalan lancar. 
Sessi amali Kumpulan Ruminan
Sessi amali Kumpulan Unggas
Terima kasih kepada semua para peserta dan semoga bertemu di puncak kejayaan..Teruskan usaha dan semoga kita terus berhubung sebagai jaringan usahawan yang berjaya...

Kursus Sembelihan Halal & Produk Hiliran Anjuran LPP Negeri Selangor

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah, dengan izin & berkatNya, kursus ini dapat dijalankan dengan jayanya.  Seramai 29 orang anggota PPK dari berbagai daerah di negeri Selangor menyertai kursus ini.  Kursus berlangsung selama 4hari bermula dari 17hb - 20hb Jun 2013.  Jutaan terima kasih kepada LPP Selangor kerana memberi kepercayaan kepada MJ Fatonah mengendalikan kursus lagi.
Kursus Sembelihan Halal & Produk Hiliran ini dijalankan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diwakili oleh Ustaz Hj Safuan bin Nayan selaku penceramah dan tenaga pengajar amali sembelihan.  Terima kasih kepada Ustaz Mohamed dari JAIS Kuala Selangor yang bersusah payah menguruskan sijil sembelihan kepada para peserta.
Selain dari teknik dan hukum hakam sembelihan, kursus ini juga memberi pendedahan kepada peserta teknik-teknik penyediaan:
  1.  Barbeku
  2.  Masak Kari
  3.  Masak Kurma
  4.  Baja Organik
  5.  Silaj
Kursus ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Ustaz Roslan bin Mohamed.  Beliau memberi tazkirah bertajuk 'Tuntutan Menternak Di dalam Islam.  Di malam terakhir kursus, para peserta dan tetamu disajikan dengan BBQ Kambing & Sajian Sampingan.
Program kursus ini dirasmikan oleh Timbalan Pengarah LPP Negeri, En. Mohd Surol bin Mohd Lahuri.  Ribuan terima kasih kerana sudi hadir untuk majlis penutup dan penyampaian sijil tamat kursus para peserta ini.
Sepanjang 4 hari peserta berkampung di Akademi Usahawan MJ Fatonah, jalinan silaturrahim yang terjalin amatlah rapat.  Walaupun diawalnya semua peserta tidak mengenali satu sama lain, namun kemesraan yang wujud bagaikan mencipta sebuah ikatan kekeluargaan.  Para peserta sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan Persatuan Usahawan Melayu Negeri Selangor diketuai oleh Tuan Haji Burhanuddin.  Semoga hasrat murni ini akan menjadi titik tolak kejayaan usahawan-usahawan melayu di Negeri Selangor.
Jutaan terima kasih kepada semua peserta yang telah memberi kerjasama yang 'fantastic' kepada urusetia, terima kasih En Hazim & Puan Julia sebagai wakil LPP Selangor serta Puan Norlia dari IADA.

Isnin, Jun 10, 2013

'INSPIRATION TRIP FOR FUTURE ENTERPRENEURS' PELAJAR UITM, SHAH ALAM

Bergambar Kenangan bersama pelajar & pensyarah pengiring
Lawatan pelajar dari Fakulti Perniagaan, UiTM Shah Alam diketuai oleh Cik Akmal Syalwani dan diiringi oeh pensyarah.  Walaupun telah ditunda beberapa kali disebabkan berbagai perkara, akhirnya kumpulan 25orang pelajar ini dapat juga menjalankan program 'INSPIRATION TRIP FOR FUTURE ENTERPRENEURS'.
Warga MJ Fatonah mendoakan agar para pelajar mendapat manfaat dari sessi lawatan singkat ini.

KURSUS USAHAWAN TERNAKAN RUMINAN DAN UNGGAS

Kursus Usahawan Ternakan Ruminan & Unggas Sessi Mei 2013 (18 - 20hb Mei 2013)


Ini adalah sessi pertama yang menggabungkan Kursus Ruminan & Unggas.  Alhamdulillah, semua program berjalan seperti yang dirancang.  Seramai 15orang peserta mengikuti kursus kali ini.  8 orang peserta mengikuti program Kursus Ruminan (Lembu & Kambing) dan yang selebihnya mengikuti Kursus Unggas (Ayam kampung, Itik & Puyuh).  Kumpulan Ruminan dikendalikan oleh En MJ manakala Kumpulan Unggas dikendalikan oleh Puan Fatonah.

Kursus Usahawan Ternakan Ruminan & Unggas Sessi Jun1 2013 (01 - 03hb Jun 2013)
Syukur kepada Allah kerana memberkati program kursus ini.  Seramai 10orang peserta menyertai program ini.  Peserta datang dari berbagai negeri, Kelantan, Kedah, Pahang jg Selangor & KL.  4orang peserta mengikuti Kursus Usahawan Unggas dan selebihnya mengikuti Kursus Usahawan Ruminan.  

Kepada peserta semua, manfaatkan segala ilmu yang dikongsikan di sini.  Semoga kita akan terus berhubung.

Ahad, Jun 09, 2013

BENGKEL BAJA ORGANIK ANJURAN ANGKASA SARAWAK


Bengkel Baja Organik telah dijalankan dengan jayanya di Grand Continental Hotel, Kuching, Sarawak. Dari 24hb - 24hb Mei 2013. Bengkel anjuran ANGKASA Sarawak ini telah dihadiri oleh 25orang koperator yang merancang untuk menjadikan baja organik sebagai produk terbaru koperasi.
Dengan bantuan Puan Roney, selaku penyelaras bengkel dan wakil dari ANGKASA Sarawak, bengkel ini telah berjalan dengan begitu lancar sekali.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Usuf selaku Pengerusi JPAN Sarawak. Beliau telah menyempurnakan majlis penyampaian sijil kepada peserta-peserta bengkel.
Para koperator yang menghadiri bengkel ini amat berpuashati dengan perjalanan program bengkel yang diatur. Mereka juga didedahkan dengan penggunaan probiotik EM di dalam penternakan dan pembuatan baja organik.
Sambil berbengkel, sempat ke Taman Negara Gunung Gading untuk melihat sendiri bunga terbesar di dunia, RAFFLESIA....dan balik KL, terserempak plk dengan Yana Shamsudin...

KURSUS USAHAWAN TERNAKAN RUMINAN & UNGGAS (JUN 2013)

Tarikh Kursus: 22 - 24hb Jun 2013 
Jenis Kursus:  
1.  Ruminan (Lembu & Kambing)
2.  Unggas (Ayam Kampung, Itik & Puyuh)
 
Kursus ini akan memberi pendedahan kepada usahawan / bakal usahawan ternakan:
i. Pengurusan Teknikal Penternakan (Teori & Amali)
ii. Motivasi Keusahawanan
iii. Pengurusan Akaun, Kewangan & Rekod2 ladang

Modul yang akan dibentangkan di dalam kursus adalah:
* Perkongsian Pengalaman Syarikat
* Potensi Kerjaya Penternakan Ruminan & Unggas
* Mengenal Baka Dan Pembiakan
* Teknik Pembersihan Kandang/Reban & ‘Feeding’ (Amali)
* Pemakanan Seimbang Ternakan
* Pengurusan Rekod Ladang Dan Ternakan
* Penyembelihan Halal (Teori & Amali)
* Penyakit, Rawatan & Pemvaksinan (Teori & Amali)
* Penggunaan Probiotik Moden
* Rekabentuk Kandang/Reban & Fasiliti Ladang
* Pemasaran Berkesan
* Akaun Ternakan & Pengiraan Untungrugi
* Bincang Niaga (Motivasi Kerohanian / Keusahawanan)
Untuk Mendaftar:
* SMS nama, nombor kad pengenalan & alamat email kepada 012-3343800
* Bank in deposit RM100 untuk pengesahan penyertaan ke akaun MJ Fatonah Sdn Bhd (maybank) 562085515735. Baki yuran dibayar pada hari kursus.
* Bawa bank in slip pd hari kursus sebagai rujukan akademi.

Selasa, Mei 14, 2013

Bengkel Baja Organik Anjuran ANGKASA Negeri Sembilan

Galeri sekitar Bengkel Baja Organik
Bengkel Baja Organik telah dijalankan dengan jayanya di Glory Beach Resort, Port Dickson dari 10hb - 12hb Mei 2013.  Bengkel anjuran ANGKASA Negeri Sembilan ini telah dihadiri oleh 32orang koperator yang merancang untuk menjadikan baja organik sebagai produk terbaru koperasi.
Dengan bantuan Encik Azman, selaku penyelaras bengkel dan wakil dari ANGKASA Negeri Sembilan, bengkel ini telah berjalan dengan begitu lancar sekali.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Yusuf bin Daud selaku Setiausaha ANGKASA Negeri Sembilan.  Beliau telah menyempurnakan majlis penyampaian sijil kepada peserta-peserta bengkel.
Para koperator yang menghadiri bengkel ini amat berpuashati dengan perjalanan program bengkel yang diatur.  25orang dari koperator-koperator ini telah menghantar surat permohonan untuk mengikuti Bengkel Lanjutan Pembuatan Baja Organik di Akademi Usahawan MJ Fatonah, Kuala Selangor pada 05hb Jun 2013.  Semoga permohonan koperator-koperator ini akan mendapat perhatian ANGKASA Negeri Sembilan.

Jumaat, Mei 03, 2013

LAWATAN DELIGASI PERTANIAN INDIA DI MJ FATONAH

Para deligasi dalam sessi taklimat, suaikenal dan lawatan ladang
Program lawatan deligasi pertanian dari India ini dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia & Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani.  Seramai 20orang dari berbagai daerah/negeri di India terdiri dari usahawan-usahawan berjaya, penyelidik dan pakar-pakar dibidang masing-masing.  Kumpulan deligasi ini diiringi oleh pegawai-pegawai dari Jab. Veterinar & Jabatan Pertanian Putrajaya.
Program berlangsung selama 3jam dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Dr Sabariah (JPV Putrajaya), penerangan profil syarikat oleh Pengarah Urusan MJ Fatonah Sdn Bhd, Pn Fatonah, demonstarsi pembuatan baja & silaj, jamuan makan tengahari dengan hidangan Vegetarian & non-vegetarian.  Program diakhiri dengan lawatan sekitar ladang dan sessi bergambar.
Para peserta sangat teruja dengan sistem yang kami jalankan di MJ Fatonah Sdn Bhd.  Cabang niaga yang sangat menarik perhatian mereka adalah Program Animal Hotel untuk kambing,  Mereka bercadang untuk mencuba program itu di India.

Khamis, Mei 02, 2013

KURSUS USAHAWAN TERNAKAN RUMINAN & UNGGAS (JUN 2013)


Tarikh Kursus:  22 - 24hb Jun 2013
Jenis Kursus:
1.  Ruminan : Lembu & Kambing
2.  Unggas: Ayam Kampung, Itik & Puyuh
Kursus ini akan memberi pendedahan kepada usahawan / bakal usahawan ternakan:
i. Pengurusan Teknikal Penternakan (Teori & Amali)
ii. Motivasi Keusahawanan
iii. Pengurusan Akaun, Kewangan & Rekod2 Ladang
Modul yang akan dibentangkan di dalam kursus adalah:
*                      Perkongsian Pengalaman Syarikat
*                       Potensi Kerjaya Penternakan Ruminan & Unggas
*                       Mengenal Baka Dan Pembiakan
*                       Teknik Pembersihan Kandang/Reban & ‘Feeding’ (Amali)
*                       Pemakanan Seimbang Ternakan
*                       Pengurusan Rekod Ladang Dan Ternakan
*                       Penyembelihan Halal (Teori & Amali)
*                       Penyakit, Rawatan & Pemvaksinan (Teori & Amali)
*                       Penggunaan Probiotik Moden
*                       Rekabentuk Kandang/Reban & Fasiliti Ladang
*                       Pemasaran Berkesan
*                       Akaun Ternakan & Pengiraan Untungrugi
*                      Bincang Niaga (Motivasi Kerohanian / Keusahawanan) 
Untuk mendaftar:
  • SMS nama, nombor kad pengenalan & alamat email kepada 012-3343800 
  • Bank in deposit RM100 untuk pengesahan penyertaan ke akaun MJ Fatonah Sdn Bhd (maybank) 562085515735. Baki yuran dibayar pada hari kursus. 
  • Bawa bank in slip pd hari kursus sebagai rujukan akademi.

KURSUS USAHAWAN TERNAKAN AYAM KAMPUNG. ITIK & PUYUH

Tarikh Kursus:
  1. 18 - 20hb Mei 2013
  2. 01 - 03hb Jun 2013
  3. 22 - 24hb Jun 2013
Kursus ini akan memberi pendedahan kepada usahawan / bakal usahawan ternakan ayam, itik dan puyuh tentang:
i. Pengurusan Teknikal Penternakan (Teori & Amali)
ii. Motivasi Keusahawanan
iii. Pengurusan Akaun, Kewangan & Rekod2 Ladang

Modul yang akan dibentangkan di dalam kursus adalah:
*                      Perkongsian Pengalaman Syarikat
*                       Potensi Kerjaya Penternakan Ayam Kampung, Itik & Puyuh
*                       Mengenal Baka Dan Pembiakan
*                       Teknik Pembersihan Reban & ‘Feeding’ (Amali)
*                       Pemakanan Seimbang Ternakan
*                       Pengurusan Rekod Ladang Dan Ternakan
*                       Penyembelihan Halal (Teori & Amali)
*                       Penyakit Dan Rawatan (Teori & Amali)
*                       Penggunaan Probiotik Moden
*                       Rekabentuk Reban & Fasiliti Ladang
*                       Pemasaran Berkesan
*                       Akaun Ternakan & Pengiraan Untungrugi
*                      Bincang Niaga (Motivasi Kerohanian / Keusahawanan) 

Untuk mendaftar:
  • SMS nama, nombor kad pengenalan & alamat email kepada 012-3343800 
  • Bank in deposit RM100 untuk pengesahan penyertaan ke akaun MJ Fatonah Sdn Bhd (maybank) 562085515735. Baki yuran dibayar pada hari kursus. 
  • Bawa bank in slip pd hari kursus sebagai rujukan akademi.

 



Isnin, April 29, 2013

Kursus Usahawan Pembuatan Baja Organik Anjuran Maktab Koperasi Malaysia (MKM)

Kursus yang dijalankan pada 09 - 11hb April 2013 ini dihadiri oleh koperator-koperator dari seluruh Malaysia.  Para peserta mula mendaftar di Kampus Maktab Koperasi Malaysia, Petaling Jaya dan meneruskan kursus teori dan amali di Akademi Usahawan MJ Fatonah.
Seramai 16orang peserta menyertai diiringi oleh 2orang pegawai dari MKM.  Matlamat kursus ini adalah untuk mendedahkan peserta bahawa baja adalah nilai tambah ternakan mereka dan sebagai cabang pendapatan di dalam projek ternakan.
Di akhir kursus, semua peserta memberi komen positif dan amat berpuashati dengan program yang dijalankan.  Jutaan terima kasih kepada Maktab Koperasi Malaysia (MKM) atas kepercayaan yang diberikan kepada MJ Fatonah Sdn Bhd dalam mengendalikan program ini.  Terima kasih juga kepada semua peserta yang telah memberi komitmen sepenuhnya sepanjang kursus berlangsung.

Selasa, April 02, 2013

Kursus Usahawan Ternakan Lembu & Kambing Sessi April 2013

Alhamdulillah, satu lagi sessi Kursus Usahawan Ternakan Lembu & Kambing selesai dijalankan dari 30hb Mac - 01hb April 2013.  Kursus ini berbeza sedikit dari kursus2 yang lain.  Peserta menyambung kursus ini sehingga petang untuk topik ayam kampung, itik & puyuh pula.
Satu lagi keunikan kumpulan ini ialah pesertanya datang dari berbagai negara.  En Mustafa, warga Singapura bersama isteri beliau Puan Hajjah Rosnah (warga Brunei) juga pekerja mereka Encik Norhadi (warga Indonesia yg dh dapat PR Msia).  Warga Malaysia Encik Norhisham (kali ke2 berkursus di MJ Fatonah) dan Tuan Syed Haizir.
Peserta berpuas hati dengan modul yang disusun selama 3hari ini.  Syukur kepada Allah..

Ahad, Mac 31, 2013

CERAMAH PERKONGSIAN PENGALAMAN BERSAMA PRA PERSARAAN POS MALAYSIA

Bersama bakal-bakal pesara POS Malaysia seluruh Malaysia untuk Sessi Perkongsian Pengalaman & Motivasi Keusahawanan di Institut Pos Malaysia, Bangi.  Program ini bertujuan untuk membuka minda para bakal pesara kakitangan POS Malaysia yang ingin menceburi bidang keusahawanan penternakan.
Syukur Alhamdulillah, program berjalan seperti yg dirancang walaupun tersesat jalan untuk ke sana.  Terimakasih kepada Encik Fazly, Encik Ramli dan semua peserta yang terlibat di dalam program ini.